Wednesday, May 27, 2009

Melaka Bandaraya Warisan Dunia



Kapal ni suatu masa pernah cecah atas air, sekarang dah pencen.



Yang ni, Eye on Malaysia dah pindah dari Key Ell


Sini plak tempat beca2 banyak berkumpul tunggu pelancong.

Masjid ni terletak kat Pulau Melaka.



Yang ni, putih dengan putih dengan putih.

Jom Minum Petang


Perkara paling best adalah minum petang. Kat Western, memang dah jadi budaya minum petang seperti tea break, tea time.




Kat Malaysia ni, hidangan paling ringkas dan sodap adalah, minum kat rumah sendiri.

Teh tarik dalam cawan berpiring, keropok goreng udang, keropok goreng ikan tamban dan keropok goreng belinjau tentunya faveret kebanyakan orang kita....

Jemput makan :)

IBU MAK UMI MAMA MUMMY


Orang kata IBU aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Selalu....... aku bawak jalan-jalan/melancong/makan sedap-sedap pasanganku,anak-anakku
Entah bila...aku nak bawak mak pulak. Leceh jalan lambat,makan cerewet


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA


Masihkah anda punya IBU MAK MAMA UMI MUMMY? Carilah dia,dakaplah dia selagi dia bernafas di dunia ini...... Kaulah segala galanya.............mereka tak pernah berkira apa-apa dengan anak-anak. Tak pernah meminta-minta jasa dan kasihnya di balas-balas. Tapi kita sebagai anak? Faham-fahamlah.....

Monday, May 25, 2009

dari Pokok turun ke Sampul


Time ni trip ko Melako, ambo ado jumpo someting spesiol.

Mulo2 ambo jumpo pokok lopeh tu dah bertukor.
Macam tok cayo plok doh.




Durian Masjid Tanah, Melaka


Yang ni paling murah, yang sedap tu sekilo RM 10.


Last last, ini jugak yang paling murah....

Thursday, May 21, 2009

APE KES NI???


Cuba tengok video clip ni. Rasanya semua pun tahu... 



Dekat surat khabar,majalah... kat mana2 heboh cakap pasal 
orang gaji di dera oleh majikan.

Kalau kes yang macamni, ape citer?

Kesian kat budak tu,tak tahu apa2 tak berdosa jadi mangsa...

Kalau ye pun budak kecik tu ade pernah wat salah, 
kan boleh cakap baik2 ajar betul2.

So, sesiapa yang memang ada orang gaji @ pembantu rumah,
tak kisah la orang tu asal dari mana, tua atau muda, 
berhati-hatilah yer...

Orang sekarang tak leh dipercayai sangat. 

Pasang je kemre cctv tu...

BaCa! JaNgAn tAk BaCa.... best nih!!!



Suatu hari di KLCC
Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KLCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...

Telur Rebus
Citer dari kawan aku
Aku dapat citer nie dari kawan aku... cam nie citer dia...

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan
telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap
agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam
makan telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab laparakupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.

Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti

TTiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam

sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku
tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata
dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku
sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat
hal,
tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance
aku
pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...
bau
boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak..
ada
lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau
dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam
bau
telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri
aku
ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah,
kali
ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku
bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh
lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia
power
gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai
la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....
lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri
aku
kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY
BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku
hari ni
le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku
terus
melopong...ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik
ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah
rumah aku pun ada!!.
Kamu kat Berlakang sana
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu.. encik"

"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja
tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."

"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya
berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu
datang ke sini kalau tidak tahu?"

"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"
Kalau sampai Ipoh
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"


Wednesday, May 13, 2009

Musical Theatre Rubiah at Taman Budaya,Perlis



Last week, PTSS performed 3 spectacular nights of Rubiah Musical Theatre.

This theatre performed by Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) students.

Below is some video capture :

The story about Rubiah happened somewhere 1800 near Kuala Selangor. This is local myth regarding a very (religious) teenager..

Rubiah vanished when soon after she was engaged to the Paduka Daeng's son. her love was only for the God, not for any men who wishes to get close to her.

Furthermore, she sweared not to be Daeng's wife because he is not a truly good man.

Below is mystery man appeared in Rubiah's life...

Tuesday, May 12, 2009

Pesta Harumanis Perlis 2009!





9 hingga 10 Mei, Pesta Harumanis berlangsung kat Jabatan Pertanian Perlis. Kitorang sempat hadir sewaktu DYMM Raja Perlis merasmikan penutup sambutan tersebut.
Harumanis ialah produk kebanggan Perlis, mangga yang terbaik mutunya dan paling sedap gilerrzzzzzz.....






Bon Appetit






Harumanis ni ikut info yang kitorang dapat, dijual dalam kotak yang cantik. Sekotak ada 3 kilo mangga, regenya sekitar RM 26. Mangga ni tak sama dengan mangga yang dijual kat sepanjang Hiway Changlun - Kuala Perlis dekat Arau tu. Harumanis kat sini, dijaga dengan rapi, dibungkus supaya tidak terkena serangan ulat.. Rasanya ? Tengok je la gambor tu, makan Harumanis dengan pulut. Pehhhh, pulut dia paling sedap pernah kitorang makan. Serius!!!





IKLAN SAT!! Sape ade terjumpa motor saya, sila hubungi ye...





Friday, May 8, 2009

~ H.I.J.A.U ~



Sepanjang perjalanan kitorang,
 memang banyak sawah padi yang menghijau.
Tengah musim menanam la katakan...
syok betui, jauh dari kesibukan kota.





Lagi gambar....
Cantik sawah padi yang terbentang luas
Hijau di sana sini tentu ada yang mengusahakannaya
pasti ada yang MAHA PENCIPTA...
Indah di mata,nyaman di jiwa,tenang di minda.







Wednesday, May 6, 2009

KeNaNgAn At RaWaNg WiTh MeMbEr KeJe





Gaya Miss and Mr Universe nak naik bot


cube teka yang mane satu kitorang.....


Aik? kesiannye yang sorang tuu, mane pasangan dia ek?

ade sape2 tau? hihihihi.....


Ni gambar awal tahun hari tu,sebelum kitorang berhijrah ke utara ni.

Inilah jugak kali terakhir jenjalan ngan dorang. Tah bile dapat jumpe lagi.


Kitorang pi Kampung Kuantan,Kuala Selangor. Tengok kelip2...


Memang menakjubkan.

Satu rimbun pokok banyak kelip2 dah macam pokok krismas yang bercahaya.

Tapi sayang tak dapat amik gambar.Brader bot tak bagi.

If amik gambar pun tak nampak sebab cahaya ngan cahaya,tak menjadi ler...








Sunday, May 3, 2009

MAKAN BEST KAT SIMPANG KE JITRA






























Ada satu tempat yang kitorang terjumpe hari ni...
Lauk ala kampung.
Yang paling best, ada ikan bakar, ayam bakar,
LIVE depan mata !
Tempat ni berdepan dengan Masjid Al- A'la,
Taman Permata.
Berdekatan traffic light ke Pekan Jitra.
Buka setiap hari kecuali Jumaat.
Pagi hingga 4 petang.
Ramai tuu family datang makan,
tak henti2 datang bersilih ganti.
Kitorang makan ikan pari bakar dengan
sup tulang kawah besar.
Sayurnye sambal petai, kerabu mangga dan
rebung masak lemak.
Regenye pun boley tahan laaaaa.....

Saturday, May 2, 2009

Wang Kelian BUKAN hari Ahad

Ni masa kitorang jenjalan kat Wang Kelian...
lebih kurang 60km dari Arau..




Arked ni macam takde mende.
Orang meniage pun takde..

Sunyi sepi jek.


Macam tempat baru,
ataupun dia baru bersihkan
and baru cat bangunan ni.







Camni lah gerai2 sepanjang
kiri kanan jalan kat sini.


Nak masuk sempadan Thai,
tak yah paspot pada Ahad
sahaja.










Porsche Boxster kuning
on sale!


Beli jangan tak beli.
Sila laaa sila kaaan...






Haaa nak tau tak, barang - barang kat sini macam mahal laa.
Kate orang sini la kan, penjual leh dapat tahu tau
if kite ni bukan orang tempatan (orang sini).
Tu yang dia 'tekan' harga kaw-kaw kooot...

So, if nak mai sini haa bawak ler kengkawan
atau sedare-mare yang dah biase datang sini...

Nat Pagi Ahad @ Pauh


Hai, well ni pertama kali kitorang masuk nat
kat dalam kawasan pokok getah !!




Nat atau pasar memang happening
tiap pagi ahad kat sini...
tapi yang kelakarnye,
kat kawasan camni.....
--> dalam kebun getah!








Dari baju sampai pokok bunge
sampai macam2 makanan
sampai belut pun ade jual.









Bagi yang 1st timer sampai Perelih,
konpem pelik tengok orang jual
ayam kaler kuning... macam kitorang..
nampak semua ayam kuning..
takut nak beli..
rupa-rupanya......







Sang Pembakar Ayam 
berbaju hitam
(pinjam baju bapak)


--> nak hilangkan bulu ayam
--> kene salai dulu


Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers