Tuesday, July 28, 2009

Chowrasta Market

Tempat tumpuan 'wajib' sesape yang datang Penang.

Tips 1 : Beli jeruk kat bahagian dalam (harga lagi murah).
Tips 2 : Tawar harga lagi bila beli kat dalam
Tips 3: If 0.5 kg = RM 4, tapi kalo beli 0.25 kg = RM 2.50.

Salak bali, salak madu, salak biasa, pala madu, pala biasa, mangga, jambu batu, dll.

Try dulu baru beli.
Ikut selera masing-masing la.

Bas

Naik bas kat penang boleh pilih dari bas Rapid yang cantik bersih.
Nak naik bas separa menarik macam ni pun ada.
Bas yang zaman dulu pun ada.

Sunday, July 26, 2009

Penang local images

Bas tambang masih ada lagi instead of Rapid Penang.

Kedai runcit tepi jalan.

Upside down board depan kondo.

Simpan sampan kat sini.

Brother of Jimmy Choo?

Monday, July 13, 2009

kenapa Teksi ?

'Manusia gajah' dalam perut teksi
kredit kepada Hishamuddin Rais , Malaysiakini.com
Jul 13, 09
1:36pm

Aku pun berdiri di bibir jalan menunggu teksi. Sebuah teksi sampai, aku membuka pintu untuk masuk. Masuk ke dalam sebuah teksi samalah seperti memasuki sebuah dunia baru. Dua susuk yang tidak pernah berkenalan sepanjang hidup tiba-tiba akan berkongsi untuk sementara waktu dalam sebuah ruang sempit.

Seperti Stagecoach filem John Ford – manusia sering terperangkap dalam ruang dan waktu di mana mereka tidak memiliki pilihan – jika apa-apa berlaku.

Apabila memasuki teksi, mata aku sering liar memerhati untuk meneliti siapakah susuk yang akan memandu aku pulang ke rumah. Mata akan perpandangan. Pemandu dan penumpang – dua susuk ini akan menilai baik budi manusia sebaik sahaja pintu kereta dibuka dan ditutup kembali.

Seenak sahaja punggung aku duduk di atas tilam kerusi, maka mata aku liar mencari: apakah ada tasbih Masehi yang bergantungan sebagai cara untuk mejauhi diri daripada diganggu oleh mata-mata yang sering berkeliaran mencari kesalahan.

Adakah Patong Biksu yang berperut gendut terpaku di jubin kaca sebagai doa pembuka pintu rezeki yang lumayan. Atau tulisan-tulisan Jawi yang penuh dengan kata-kata Arab yang akan membawa harapan agar terselamat daripada kemalangan.

Mungkin ada terselit gambar Gautama atau Isa anak Mariam dari Nazareth di tepi laci kereta. Semua ini bahasa yang membawa tanda dan makna. Inilah kata-kata pengenalan daripada seseorang pemandu kepada penumpangnya.

Sebuah teksi adalah sebuah dunia untuk si pemandu. Dalam ruang kecil ini dia menjadi saksi alam – dia melihat, dia makan, dia minum dan dia berehat. Ingatkan kembali kisah si pemandu yang benama Travis Bickle yang dimainkan oleh De Niro.
Si pemandu ini melayari seluruh kota New York di waktu malam ketika matanya menolak tidur. Travis melegari malam sehingga jatuh cinta dengan Jodie Foster.

Apabila aku masuk ke dalam teksi, aku melihat si pemandu – agak telah berumur – rambutnya setengah putih. Aku cukup senang sekali apabila bersama dengan pemandu yang ramah. Tapi yang ini belum aku kenali ramah bahasanya. Jika pemandu ramah, ertinya perjalanan kami akan selesa walaupun perjalanannya berasak-asak.

Biasanya, akulah yang akan memulakan surah dengan bertanya – dari mana tadi? Sebaik sahaja soalan ini keluar, ertinya aku ingin berkenalan. Juga pertanyaan ini sebagai tanda yang menyatakan bahawa aku tidak memiliki niat jahat - untuk menyamun atau merompak.

Dari cermin pandang belakang dia memerhati muka aku. Dia menjawab. Lalu kami mesra bersembang. Dia memandu teksi selama 25 tahun. Dulu pernah menjadi pemandu kereta Tuan Mat Salleh – ketika Tanah Melayu baru merdeka.

Mencuba kerja-kerja lain tapi gagal. Kota ini adalah dunianya. Memandu adalah ilmunya. Ada lima anak – tiga telah berumah tangga. Dia telah menjadi datuk. Kini tinggal dengan isteri dan dua anak di Puchong.

Dia bertanya tentang aku. Lalu aku terangkan – aku tinggal dengan tiga ekor kucing dan seekor anjing. Dia ketawa. Setiap kali aku mendapat soalan ini, maka inilah jawapan yang akan aku berikan. Biasanya jawapan aku ini akan disusul dengan satu lagi petanyaan – kenapa tidak kahwin? Maka aku akan menjawab – aku belum cukup modal. Dia ketawa lagi.

Lalu aku pula bertanya apakah ini teksi sendiri. Dia menerangkan - bukan. Dia menyewa teksi ini. Dia tidak memiliki permit untuk memiliki sebuah teksi. Setiap hari dia wajib membayar 35 ke 40 ringgit kepadaa tuan empunya.

Lalu dia bercerita, empat jam awal kerjanya - ke hulu ke hilir di sekeliling kota, bukan untuk dirinya. Dia wajib menyediakaan 40 ringgit dahulu sebelum dirinya sendiri mendapat upah.

Kini dia menyatakan kerisauan – harga minyak naik, harga barang makanan naik. Dan bila hujan datang, rezeki bertambah sempit. Kereta yang berpusu-pusu di dalam kota akan menjadikan dia kehilangan banyak waktu.

Pernah dan semakin selalu dia hanya mendapat 15 ke 50 ringgit sehari. Tetapi si empunya teksi masih wajib dibayar sewanya dengan penuh. Ertinya dia terhutang.

Banyak teksi yang aku naiki – semua pemandu berkisah sedemikian. Amat jarang aku temui si pemandu yang juga si pemilik. Siapakah agaknya si pemilik teksi ini? Syarikat siapakah tuan empunya teksi-teksi yang berselirat dalam kota kita ini?
Alangkah lumayannya hidup tuan empunya teksi – tidak perlu bekerja, tidak perlu berhempas pulas. Hanya mengutip sewa.

Di jubin kereta, aku ternampak wajah Ganesha - terlekat. Ketika aku kecil, aku cukup hairan dengan wajah ini – lelaki berhidungkan belalai gajah. Kali pertama aku melihat muka ini ketika aku belum bersekolah lagi. Ketika itu tanah Melayu ini masih dimiliki oleh orang putih.

Aku ternampak 'manusia-gajah' ini di kotak bedi – rokok daun – dari India. Apabila aku mendewasa, barulah aku sedar bahawa nama 'manusia-gajah' ini ialah Ganesha - jelmaan seorang dewa yang akan membantu umat manusia dalam kesusahan.

Demi Zeus – inilah sifat manusia – mereka menyatakan terima kaseh dengan pelbagai cara. Di dalam bilik teksi yang sempit pun mereka bersujud kepada Yang Esa. Lorong-lorong hidup di bumi ini berselirat dan berselerak - semuanya menuju ke kota yang sama.

Kemudian aku teringat tentang satu berita yang baru aku baca: bahawa kerajaan telah menghebahkan satu dasar teksi yang baru. Semua teksi akan menjadi – pemandu dan sekaligus pemiliknya. Lalu aku surahkan berita baik ini kepadanya.

"Sekarang umur telah 62 tahun... apa saya boleh buat lagi? Kalau saya muda dahulu, bagus. Sekarang nak pandu lima jam satu hari pun susah," rungutnya.

Aku senyap apabila mendengar jawapan itu. Bayangkan selama 25 tahun dia memburuh – membanting tulang – tidak pernah mendapat kesenangan. Baru aku sedar umurnya telah 62 tahun. Dia lahir sebelum negara ini wujud. Dialah warga asli peribumi tanah ini. Tapi dia masih lagi mewajibkan dirinya memandu untuk mencari makan.

Teksi membelok ke lorong rumah aku. Aku pun sampai, membayar tambang dan dia beredar. Apabila teksi itu meluncur, maka disitulah berakhirnya persahabatan kami. Aku jarang akan menoleh lagi. Sesudah membayar tambang, aku menapak pulang.

Aku sedar, tidak mungkin aku akan bertemu sekali lagi dengan dia. Aku cukup yakin bahawa kemungkinan untuk bertemu sekali lagi cukup tipis kerana selama lebih sepuluh tahun - aku sering menggunakan khidmat teksi - hanya sekali aku berpeluang memasuki kembali teksi yang sama.

Aku tidak tahu berapa jumlah teksi dalam kota ini. Pasti banyak. Ia menjadikan pertemuan kali kedua amat susah. Mungkin juga si pemandu beralih pekerjaan. Mungkin juga beralih kawasan. Atau sepertinya, apabila umur telah larut, memandu teksi menjadi satu pekerjaan yang maha berat.

Apabila aku menaiki tangga rumah, aku teringat bagaimana sebahagian besar hidupnya hanyalah di dalam teksi. Lapan jam atau dua belas jam sehari dia belegar-legar di dalam teksi.

Kalau dicampurkan semua waktu itu, berapa tahun agaknya daripada jumlah 62 tahun hidupnya di atas bumi ini?

Sunday, July 12, 2009

chuping ; LAND OF SUGAR HEAVEN


dari arah padang besar - chuping - pauh


selain tempat terpanas kat mesia, chuping tempat ladang tebu terbesar tau


ini bas pekerja kilang gula felda perlis



ini entrance kilang gula
sume pekerja yang naik moto, wajib pakai vest pantul cahaya


checkpoint wajib
tabik datok

saujana luas mata memandang

pokok tebu dah mula tinggi


ambil angin kat PaDAng BesAR


dari kangar ke padang besar



pemandangan dalam kompleks gapura square



set tirai pintu dari cengkerang
harga dari rm30 hingga rm 120
ni jual kat area bas stand (ikut jalan balai polis)


banyak t shirt design baru kat sini
murah beb dari rm 12 hinnga rm28


view dari tingkat 2 kompleks


landmark tulisan padang besar

Thursday, July 9, 2009

Cerita ekonomi

Kredit untuk Hishamuddin Rais, Malaysiakini.com


Konsumerisme - rukun iman kapitalis
author_photo("Hishamuddin Rais")
Hishamuddin RaisMei 8, 0911:57am

Hari ini dasar globalisasi yang diajukan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah berjaya menjadikan kapitalisme satu sistem ekonomi yang mencakupi seluruh dunia. Dari Chile ke China, dari Bhutan ke Batang Berjuntai, dari Tokyo ke Taiping, dari Normandy ke Nepal – semua negara dan ceruk sedang menggunakan sistem kapitalisme sebagai satu cara hidup.Cara hidup di sini ertinya budaya harian yang digunakan oleh warga untuk menjalankan kehidupan.

Budaya dan cara hidup ini diikat dengan nilai. Kapitalisme telah melahirkan nilai untuk dijadikan rujukan oleh warga dunia. Sistem kapitalisme telah berjaya menyebarkan nilai-nilai baru untuk umat manusia. Nilai ini berperanan besar untuk memperkukuhkan dan mengembangkan lagi kapitalisme. Nilai-nilai ini dirancang dan disusun. Kajian dibuat secara ilmiah tentang apakah nilai yang wajib dibentuk. Pakar-pakar akan memastikan nilai-nilai yang dimunculkan ini hanya akan selari dengan nilai dan hukum perjalanan sistem kapitalisme.

Daulah memerlukan nilai-nilai ini untuk memastikan yang kuasa di tangan tidak akan tergelincir lepas. Melalui nilai dan pandangan dunia, daulah dapat memastian hegemoni daulah dapat diteruskan.Penyebar nilai yang nombor wahid ialah media – akhbar, majalah dan tv. Pada awalnya akhbar menjalankan peranan yang amat positif. Jika kita melihat kembali peranan akhbar di negara kita ini, maka kita akan melihat bagaimana akhbar harian telah menjana pemikiran orang ramai.

Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan tidak akan ampuh tanpa peranan akhbar.Globalisasi , penswastaan dan pasaran terbuka telah mengalih semua ini. Dasar pasaran terbuka yang dipaksakan ke atas negara-negara Dunia Ketiga telah membuka jalan untuk taikun media antarabangsa melabur dan membeli akhbar dan media tempatan.

Hari ini media di dunia ini sedang dimonopoli tidak lebih daripada 10 buah syarikat – antaranya Time Warner Inc, The Walt Disney Corporation, The News Corporation Ltd., Sony Corporation, General Electric Co., Viacom, Inc. dan Bertelsmann AG. Dari sini muncul satu susuk yang menjadi raja segala raja-raja – Rupert Murdoch.Syarikat-syarikat media ini berlegar-legar macam helang lapar untuk mencari mangsa baru.

Di mana sahaja ada pasaran dibuka, maka mereka akan datang melabur untuk mempengaruhi bentuk berita yang akan disebarkan kepada umum.Justeru – kita tidak perlu hairan kenapa Isreal yang memiliki lebih daripada 200 biji bom nuklear tidak pernah dipersoalkan oleh saluran media ini. Kita juga tidak perlu hairan kenapa Iran yang hanya membuat loji nuklear untuk menjana elektrik saban hari digodam oleh media ini seolah-olah minggu depan Iran akan meledakkan bom nuklearnya.Memiliki dan mengawal media bertujuan untuk menenggelamkan isu yang fundamental. Mengetepikan isu dan agenda yang rapat di hati warga.

Melalui kawalan dan saringan, media bergelumang dan bertungkus lumus menimbulkan isu sampingan yang remeh lagi temeh. Justeru dari hari ke hari pengisian media di seluruh dunia semakin cetek. Umat manusia hari ini ditaburkan dengan cerita-cerita remeh, gosip-gosip tentang artis, aktor, pemain bola, kaki-kaki glamour, ratu cantik atau para model.Telah wujud kesepaduan di antara media cetak dengan media elektronik. Kita tidak perlu pergi jauh untuk memahami semua ini.

Lihat sahaja apa bentuk nilai yang sedang disebarkan oleh media kita sendiri.Contohnya: Dari kaca tv kita melihat seorang aktor ciput yang tergedik-gedik. Esoknya kita akan diberitahu siapa kekasih baru aktor ini. Dan lusa kita akan membaca bahawa aktor ciput telah berkahwin dengan seorang Datuk Tua. Kemudian kita terbaca aktor ciput ini minta cerai. Kisah "minta cerai" ini akan menjadi sensasi sehingga berita 5,000 warga yang dibuang kerja dilihat sebagai berita sampingan.Berita remeh cerai-berai artis ciput ini dijual untuk ditakrif lebih penting daripada apa yang terjadi dan ke mana perginya P Subramaniam atau apa yang akan dihadapi oleh warga yang akan hilang pekerjaan?

Berita-berita remeh seperti ini memang dirancang untuk mengambuskan isu nasional yang lebih bermakna. Pemikiran warga sengaja dibantut dan dibonsaikan dengan berita remeh, cetek dan lagi superfisial.Media inilah yang sedang melahirkan nilai untuk menjadi rujukan kita bersama. Taktik yang dijalankan - sebelum kita sanggup menerima nilai ini, otak dan fikrah kita perlu dicetekkan dengan berita-berita remeh. Apabila warga menjadi lali, suka melopong depan tv, malas membaca dan kurang cerdik, maka dengan senang warga akan disuapkan dengan nilai konsumer.Nilai konsumer adalah segala nilai dalam budaya kapitalis.

Budaya konsumer inilah yang dirancang secara rapi oleh kaum pemodal. Kaum pemodal antarabangsa ingin warga dunia terus membeli barangan dan produk-produk baru yang mereka buat. Inilah tugas penyebaran nilai konsumer.Beli, beli dan terus membeli adalah rukun iman dan syarat utama untuk memastikan sistem kapitalis ini terus bergerak. Jika para konsumer berhenti membeli, maka dengan sendirinya kilang akan terhenti. Untuk memastikan komplot ini terus berjaya, maka warga perlu tunduk, menyembah dan menghayati nilai konsumer.Produk-produk baru akan memasuki pasaran.

Lepas satu, satu lagi objek baru akan muncul. Semua produk ini perlu dibeli untuk memastikan enjin kapitalisme terus bergerak. Lihatlah, saban tahun kilang kereta akan mengeluarkan model dan bentuk baru. Komputer akan diisikan dengan perisian yang baru. Pakaian akan diperagakan dengan model yang baru. Semua ini dirancang secara bersepadu di antara media elektronik, media cetak dan iklan – untuk melahirkan nilai konsumer.Kita sebagai warga akan ditembak dari kiri dan kanan. Di rumah, mata kita ditembak oleh kaca tv. Dalam kereta, telinga kita ditembak oleh radio.

Di jalan raya, mata kita dibom oleh papan iklan. Semuanya untuk melemahkan diri kita agar kita sama-sama menyembah produk-produk dan membelinya.Hari ini kapitalisma telah berjaya menanamkan nilai aku-mesti-beli dan aku-mesti- memiliki. Jika kita memiliki produk yang dijajakan, maka kita termasuk dalam golongan umat yang berjaya. Sesiapa yang tidak memiliki produk, ertinya susuk ini golongan yang gagal. Dalam budaya kapitalisme, nilai kejayaan diukur dengan pemilikan. Lebih banyak produk yang kita miliki, maka lebih tinggi taraf kita di mata umum.Budaya konsumer seolah-olah berjanji memberi warga kebebasan memilih. Kalau kita ke gedung membeli belah, kita ada kebebasan untuk memilih berpuluh jenis kopi. Apakah benar kita sebagai warga memiliki kebebasan untuk memilih?Tidak.

Dalam budaya konsumer kapitalis, pilihan itu hanya satu ilusi. Yang kita pilih hanya logo luaran. Dalam kapitalisme, warga tidak banyak pilihan – semua pilihan akan menjurus kepada orang yang sama dan tuan pemodal yang sama. Tidak percaya? Cuba fikirkan apakah kita ada pilihan apabila berhadapan dengan Star, Sin Chew, Utusan, NST , RTM, TV3, TV9, atau Astro?Kita hanya berilusi bahawa kita ada kebebasan memilih (media) tetapi sebenarnya semua pemiliknya orang-orang dari kumpulan yang sama.

Hegemoni budaya kapitalisme ini sedang memerangkap kita semua. Warga Asia, Afrika dan Latin Amerika termasuk Eropah dan Amerika Syarikat semua sedang terjerat oleh budaya ini. Budaya ini sedang membantut dan membonsaikan fikrah kita. Justeru kita wajib mencari jalan keluar.

Aloq Setaq CKT

Tempat ni persinggahan lepas balik belanja bulanan dapur.
Ramai giler yang datang makan.
Member aku yang introducekan tempat ni dulu.

Jom tengok!









Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers