Wednesday, September 30, 2009

Datang rumah terbuka

Tawon ni adalah raya yang agak sempurna buat kitorang. Almaklumlah, rumah pun dah cantik. tawon2 dulu, duduk rumah sewa. Bila rumah sewa, paham2lah. Nak beli perabot dari IKEA, takut lori tak muat.

Tawon ni kitorang buat open haus. Meh la datang. Ada la jemput famili terdekat datang. Tu pun hantar kat MMS. heheh. Johor gi Perlis,, mana nak datang..

Semalam, opis mate ada datang umah. Demi memaintainkan kedudukan kewangan agar tidak menjadi defisit, kitorang berpakat2 hanya menghidangkan air oren dan kuih sahaja. Kek pun adalah beberapa keping je.

So, ramai la yang datang. Air batu habis, air masak pun abis. last2 aku tuang je air oren panas. Sape suruh korang datang ramai2!

Kat Perlis ( utara ) ni baru aku tau, dorang raya seminggu je. Kuih raya pun akan habis. Tapi kat Johor, raya sebulan beb. Ada je stok kuih untuk sebulan.

Buat kawan2 kat oversea, sabo je lah ye. Raya kat Mesia ni best. cau!

Tuesday, September 22, 2009

Raya Msia_Spore


Taun ni seperti taun2 yang dulu, dari kitorang sekecik2 budak sampai sebesar2 orang,

kitorang akan beraya kat dua tempat ni. Raya oversea la katakaaannnnn.....


Apa beza raya Mesia dengan Singapo?

1. Kalo malam raya main mercun kebabom kat Mesia, paling kuat keter peronda polis akan wiw wiw raun cari korang.

2. Kalo ada orang dengar mercun ko meletop kat Singapo, kejap lagi korang dah ade kat belakang langsir besi.

3. Orang Mesia akan beraya pegi Singapo, orang Singapo beraya datang Johor. Kenapa tak beraye je kat tambak ek? kan senang kat tengah2. Kita buat la festival besar-besaran kan..ape ke..

4. Dulu time kecik2 aku ingat lagi, orang Singapo akan sewa lori untuk ramai2 gi beraya. Tapi sekarang dah sangat2 kurang. aku dulu pun ada naik gak. Hehehe

5. Orang Mesia, akan gi beraya dalam satu kete ramai2 time beraya. Well sama je kan? Satu lori yang besar lapang, satu kete yang penuh sendat. Yang penting beraya.

6. Orang Johor glemer la bila beli baju raya kat Geylang Serai, Joo Chiat complex, Tanjung Katong (zaman dulu2).. Sekarang ni dah pergi Plaza Angsana je, kat First Lady.

7. Orang Singapo lak tempah kuih kat Mesia espsecially kek batik, kek lapis Sarawak. tradisional gituw..

So, takde beza sangat la ek..

haa, sekarang CIQ Johor (kastam cop paspot) dah lawa tau. Dah standard macam Singapo.. Besor gua cakap luuu..

Tapi bila dah cop paspot, kene drive sikit punya jauh, berpusing2 baru sampai ke tambak..
Ini mana arkitek punye plan daa... Mengurangkan jem dengan memanjangkan route..

Apepun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN MINAL AIDIL WALFAIZIN dari khaisyaruzadina

Monday, September 14, 2009

Haram ker makan keju?

1. Biasanya time malam2 lapar kita akan kuar start motor dan..., "Bang, bagi satu burger daging tambah cheese!"

2. Ataupun time hujung minggu, " Jom kita makan piza, ada cheese banyak, sedap gilerrr".

3. Ataupun kita gi beli cheese tu sendiri...

...................................TAPI.............................................

Halalkah cheese a.ka. keju?

Cuba belek2 kat belakang packaging cheese tu.. kat ingredient.. dan cari perkataan RENNET..

Pastu pergi surf internet (sekarang tengah surf la kan?)..dan search pasal rennet ni..

Secara ringkasnya, rennet ni enzim dari perut anak lembu. Yang mana, enzim ni akan mudah menghadamkan susu mak lembu yang anak lembu tu hisap.

Rennet ni diguna sebagai bahan dalam pembuatan keju.

Dan soalnya di sini, mana ada orang amik enzim dari anak lembu yang hidop.. Ade ke?

Mesti la anak lembu tu dah kiok dulu.. So, ape2 bende dari binatang yang tidak disembelih secara Islam ianya haram dimakan dan dikategorikan sebagai bangkai.

Dan, secara logiknye, cheese yang korang makan tu halal ke? walau ada cop halal JAKIM?

Ada gak sumber rennet tu dari tumbuhan.. tapi if dah bermacam2 jenis keju, banyak kilang pengeluar, BOLEH ke kita kesan ini ada rennet halal, itu ade rennet haram..

Lu pikior le sendiri yeop!

Kat bawah ni concern seorang vegetarian yang taknak makan hasil dari haiwan, tapi umat Islam tak kisah ke makan dari yang haram dan bangkai?

Cheese for Vegetarians

Thursday February 28, 2008
Cheese is an ideal food for many vegetarians. It contains protein, vitamins (A, B, and E), minerals (calcium, phosphorus, sodium, potassium, magnesium) and trace elements (zinc, iron, manganese). But is all cheese really suitable for strict vegetarians to eat? I’m afraid not, due to the use of animal rennet during the cheesemaking process. Vegetarians should educate themselves about rennet, and make their cheese selections accordingly.

Sunday, September 13, 2009

Terbaik dari ladang.. hoi! ni laut la


Semekom, cik adik, di manakah letaknya Zoo Melaka?

Botrarri (Ferrari laut) aku ni nak wat airbrush pink la raya ni..

Tauhu kering?

Ketam ni ditangkap sewaktu cuba menyeludup masuk ke perairan Malaysia.

Acara menangkap ikan berganti2.

Belacan cun





Kekadang terfikir gak, macam mane nak carik belacan kat Ostolia, kat Yu Ke, kat Yu Es.

Kat Mesia ni, nape belacan kampung yang ori ni tak dihighlightkan.

Balik2, belacam cap ketam. Oooo ingat2, belacan cap artis pun dah ade.

Tapi setakat ni tak pernah jumpe la. Maybe belom sampai kat area apartment aku...

Bisnes kawan2.

Sungguh tak disangka-sangka!

Dalam diam-diam!

Korang dah ade bisnes ye......

Wa respek sama lu la kak chik, cak om.
Lokasi : dirahsiakan

Lokasi : dirahsiakan

Thursday, September 10, 2009

Bajet raya !

Kali ni topik yang memang menarik untuk orang berduit (as well as yang tak berduit).
Bape agaknye bajet bakal lebur time raya ni ek?

1. Duit raye.
Aku sure korang peruntukkan sejumlah besar gaji (gaji yang tak berape besar) untuk dikongsi dengan sedare-mare.
Memang konfem korang akan mengalir air mata time pagi raya, mengalir air mata mengenangkan wang yang telah pergi dari poket...

2. Baju raye
Nak pegi shopping tempat yang happening, design chanteek, taknak sama dengan orang lain..
Tapi... nak yang murah ! Kedekut taik idung masin betholll lah!

3. Kueh raye
Haa, part ni yang aku tak bape nak paham sangat... Kat opis dah beli kuih dengan member, kat rumah ada buat kuih, pegi jalan2 ada survey kuih, sure kuih tu telah menjadi banyak..
Yang aku tak paham adalah kat mana nak disumbat kuih2 tu sebab semenjak dua menjak ni, serangan semut semakin menjadi-jadi kat umah aku.. Maybe semut2 ni ada pasang spy..

4. Jalan raye (jalan2 time raye laa)
Tol dah naik (eleh dapat rebet 20% tu kene daftar la beb! bukan senang nak dapat!),
miyak petrol dah naik lagi (macam kene tipu jek kan..rege sama tapi makin low quality),
tambang bas dan teksi pun naik (surcaj yang dulu janji hanya sementara, dah diserap terus!),
kadar kemalangan naik (sat lagi ada hari2 orang mati, paling kurang 50 orang satu hari --> dijauhkanlah),
Hiway dah macam jalan biasa (penuh ya amat dengan kereta).
So, best ke nak jalan raye?

Bajet yang dapat aku kira2 adalah -->
Duit raya RM 600, Baju Raya RM 400, Kueh Raya RM 300, Jalan Raya RM 300.
Jumlah :- RM 1600 --> cukup untuk korang swipe credit card masa bulan 10 nanti untuk beli barang basah kat pasar...

Tuesday, September 8, 2009

Jom pi mesjid





Bulan puasa, bulan yang spesel sebab kita dapat solat tarawih. Biasanya kitorang gi mesjid sekitar apartment. So, kali ni post pasal mesjid yang kito gi kat Kangar.

Mesjid ni memang best. Luas, bersih, cantik, sejup, ada angin sepoi2...

Jom la datang sini!

8 rakaat + 3 rakaat je. (pergi bazar bole jauh2, nape pi terawih malas?)

PERINGATAN BERSAMA

Mengenali kedai makan pakai pelaris haram

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali
pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya
semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak
perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita
akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu,
eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang
Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah
at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2
square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka
akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk
(contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu
cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam
makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang
percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja
dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan
tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2
yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka... Jadi berhati-hatilah sebab
mulut santan binasa.

Semoga penerangan ini bermanfaat.

OH LELAKI !!!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Rela isterinya mendedahkan aurat serta memakai pakaian menjolok mata dan dipandang lelaki lain. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata,tidak menutup aurat dengan alasan sudah tua dan sebagainya.. ..maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... ..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... "

Friday, September 4, 2009

Al Fatihah





Beberapa hari sebelum kita berpuasa, ada accident yang menimpa student Unimap.

Dan salah seorang yang terkorban adalah saudara aku sendiri.

Kejadian ni berlaku di area bulatan Kangar.

Tak tahulah macam mana kat kawasan ni boleh berlaku accident...

Tiang putih yang runtuh kat atas tu, actually ada besi kat dalamnya..

Very high impact i assume.


Al Fatihah untuk Allahyarham Mohd Syafiq Izzudin bin Mohd Baharom..

Moga roh orang yang menuntut ilmu dicucuri rahmat.. Amin...

Edisi tahunan Ogos



Atas permintaan ramai (actually ntah berape ramai yang folo blog nih),

aku ada temui sesuatu yang menarik sempena hari kebangsaan negara kita.

Tahukah korang bahawa perkataan M
ERDEKA ni adalah adik beradik perkataan BENDERA ?

Tawun ni kitoran
g cuba menjengah sekitar malam merdeka kat negeri North Lion ni (tak pernah nampak singanye pon), yang jumpe hanyalah geng2 bikerz ( mat remp-it) yang ke hulu ke hilir mengukur jalan.

So disebabkan kat opis ada banyak lebeyhan bendegha, so dah agih2lah kat pewaris2 negara (
cewah!).

Ada belen lagi dua, aku pacak kat balkoni rumah. Well aku duduk apartment sebenarnya..
Hehehe

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers