Saturday, October 31, 2009

Respon pasal SEHAAAAATI BERDOWSAAAAA !!!


1. Last 25 Oktober ari tu, aku post tajuk SEHAAAAATI BERDOWSAAAAA !!! ni kat blog ni.

2. Pastu lepas bape hari, post ni dah berada kat yahoogroup.

3. Then, post ni dah ada kat blog-blog yang tertarik dengan post aku yang serba menawan dan benar banget nih. Mekaseeeyyyyyyy !!! (Jangan lupa bagi credit kat aku)

4. Aku folo up la sape2 je yang komen pasal tajuk ni. Aku saje maleh nak reply kat yahoogroup tu.

5. Nak tau apa dorang komen? Ni ha aku listkan kat bawah.

a. From: JDMD jdheng@yahoo.com
WOI !!!!! Ko ckp baik2 sikit ! Bukan semua org pasang astro pasal nk tgk af la, dansa2 la, pasal ariel biasa tu x clear ! byk lg rcgn berfaedah (mcm national geografik) kalo ko x suka org tgk program x berfaedah tu, itu dia punya pasal, sndr ada otak. ko saper nk ajar org idup mcm mana, ko bgs sangat ker ! sanak sedara, family ko dh perfect sgt ker ! Ko hina org derma seringgit dua je ke masjid, org tu ikhlas menderma dia dapat pahala, ko dpt apa ! hina org menderma ! ko pikir la sendiri (ke ko x ada otak sbb tu ko x boleh pikir). Nie aku nk tanya ko blk, brape juta ko derma setiap ko kali g masjid ! Kalo ko x suka rncgn yg x elok utk anak2 ko, ko boleh block dekat decoder tu. Itu pun x tahu ker. Ko pikir sndri la !

Ckp mcm @%$#$&^%*$%$# !!!!

p/s - ko buat blog nk syok sndr jer, mcm 'BAGUS' !

b. Nor Suhayati <whw7032@yahoo. com>
Wow...komen ini sudah mendatangkan marah...saya setuju bebenor dgn jdheng perjelaskan di bwh...saya rasa org yg
buar blog tu tulis sebelum berfikir...atau dia sememangnyer jealous tak dapat pasang astro kat umah cox tak mampu
nak byr bulan2...

c. Syamsuraida binti Shamsudin <syam@SAFESEC. COM.MY>
Ala asal nak kecoh2.Dia yg dia citer itu ini tu.Dia pun tgk jgk la tu...
Pasal Derma tu terpulang pada niat masing2 kalu derma byk mana pun niat tak
betul tak boleh gak...Derma 10 sen pun kalu iklas lagi baik dari tak derma
langsung...

d. pakcik padli <pakcik.padli@ gmail.com>
salam. mmg betul daa... tv kat negara ni makin hari makin tak hiraukan hukum hakam... semua mcm halal je. tv
satelit, tv gomen, tv swasta.. serupa je. masalahnya, yg nak tengok dan sgt2 menyokong (fanatik pun ramai!) mmg
sentiasa ada... dah jadinya yg cuba nak pertahankan sisa iman yg ada dan kesopanan sbg golongan minoriti pulak.
moga2 semua kita diberi taufik dan hidayahNya.. . Wallahua'lam.

e.zulkiflee.sulaiman <zulkiflee@utusan. com.my>
Salam ,

Tak baik kita bertekak hanya kerana siaran Astro dan TV kan? Kita apabila memiliki sesuatu pun pasti ada tujuan
dan matlamat kan? Bagi yang meminati siaran seperti Sehati Sedansa mau pun AF, pasti sedar siaran tu pun bukannya
elok sangat tetapi nafsu mengatasi akal kan, kerana itu masih mengikutinya saban minggu.

f. ni lak ulasan dari blog lain yang paste tajuk SEHAAAAATI BERDOWSAAAAA !!! --> http://ummihumaira.blogspot.com/

Blogger atie berkata...

Salam Kak Ummi..

Dasyat kan kak suami membenarkan isterinya menjaja tubuh di depan khalayak ramain satu malaysia lagi....

2009 Oktober 30 10:59

Blogger Ms.Lilies berkata...

betul juga apa yg di kata...baju sendat tu dah tentu2nya depa pakai...lebih seronok ada pulak org terjerit2 kat tepi menyokong...aduhhhh

2009 Oktober 30 11:03

Blogger Abd Razak berkata...

Salam...

Rancangan TV byk melalaikan...tidak masuk syurga seorang suami membenarkan isterinya menjaja tubuh di depan khalayak ramai- menyanyi, menari dan sebagainya...dayus namanya tu

2009 Oktober 30 11:55

So, ape komen aku plak ? Tak perlu nak cakap banyak. Jom kita tengok episod kedua

SEHAAAAATI BERDOWSAAAAA !!! malam ni.

Letak TV ni depan mata korang rapat-rapat,

pastikan takde yang miss.

Pastu fikir, betul ke tidak kebenaran post aku ni.

Sunday, October 25, 2009

Sehaaaaati Berdowsaaaaa !!!


1. Rancangan TV ni datang lagi. Musim ke 3. Alaaa, korang yang ada duit lebih yang pasang Astro tentu tau. (bayar Astro boleh puluh2 ringgit, derma masjid singgit duaaje)...

2. Rancangan yang pesertanya lakik binik ni rating tinggi woo.
Dengar-dengar cerita, setiap couple dapat Rm5k setiap minggu meanwhile badan kebajikan dapat Rm1k setiap minggu. So, ada 9 couple equals to Rm45k + Rm9k = RM54k for 1st week.

3. Bila ada 1 penyingkiran, kurang la Rm6k pihak produksi bayar pada minggu tu.

4. Satu lagi, undi sms dari rakyat Malaysia yang bermurah hati akan jana sebahagian pendapatan program ni. Tak tahulah berapa banyak undi. Maybe ratus2 ribu kot. 1 sms 5 posen, 100 ribu undi Rm50k. Takkan tu je kot kan? Pendapatan iklan, pendapatan tajaan.

5. Post kali ni bukan nak cite pasal $$$duit$$$ pon. Tapi pasal aksi ^^terlampau dan ekstrem^^ idola kebanyakan masyarakat Melayu Islam Malaysia.

6. Malu beb tengok suami ajak isteri berjoget, isteri ajak suami tertonggek. Tapi dibrandkan semula menjadi Berdansa.

7. Cuba korang bayangkan ade ke patut binik dia terk*o*ngkang ( tukar o jadi a), lakik dia sliding kat bawah tu. teringat adegan cerita nasik kongkang (sila tukar o menjadi a sekali lagi). Maybe ni nasik kongkang zaman moden.

8. Sume peserta mestila nak tunjuk skill power, angkat2, pusing2, lompat2, baling2. tapi aku paling malu tengok aksi gedik2 seksi lakik binik, macam kat lantai disko kat Bukit Bintang. Oleh kerana ni rancangan murni atas nama kebajikan, maka aksi2 ghairah sedemikian diHALALkan.

9. Punya la Pemuda Pas berdemo bantah si Beyoncet tu datang Malaysia, yang rancangan LIVE ni pun apa bezanya. Kan? Just tukar bangsa, warna kulit dan agama je. tapi aksi lebih kurang si Beyoncet tuh. Boleh pulak kaaaaaaan?

10. Konon-konon malu nak berdansa, tapi memang tak malu pun. Pakai baju sendat2, bergegar sana sini. Sesak dado den nengok aih. Apo kobondo la ekau ni...

11. Jadi sebagai penonton TV setia, aku mengharapkan tokeh2 saluran TV (orang Melayu jugak) ni, pikirlah rancangan yang tak meracuni fikiran anak2 kecil, rancangan yang mengelirukan antara halal dan haram.

12. Apepun, jom tengok citer Upin dengan Ipin. Betul betul betullllll!




Upin ! seronotnyaaaaaaaaaa!!!! Uuuuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, October 22, 2009

Nak tanya ape lagi?


1. 40 peratus rakyat Mesia sekarang ni ialah orang yang berumur 15 hingga 40 tawon. 40 peratus tu sama dengan 10 juta orang.

2. Kalo lelaki sama ramai dengan pompan, aku anggarkan ada 5 juta laki, 5 juta pompan.

3. Aku congak2, ada 200 ribu orang yang sebaya dengan aku. 200 ribu laki, 200 ribu pompan.

4. Apa agaknye mereka tengah buat sekarang? Dorang semua keje ape? (yang sure, at least engko tengah baca blog aku yang serba serbi best ni)

5. Sepatutnya pada umur sekarang, ape pencapaian yang seharusnya tercapai?

6. Aku pun tak pernah jumpe sebarang garis panduan dari mana-mana buku tapi biasanya mengikut arus yang menjadi kebiasaan.

7. Bila sekolah, tanya bila nak SPM?
Bila dah SPM, tanya bila nak sambung belajo pulak?
Bila dah kat IPT, tanya ko ni bila nak grad? Extend ke?
Bila dah grad, tanya lagi bila nak keje?
Bila dah keje, tanya soalan maut, bila nak kawin?
Bila dah kawin, tanya bila nak dapat anak?
.. apsal tak tanya bila nak tambah cawangan?..
Bila dah dah dapat anak, bila nak tambah lagi?
Bila anak dah besar sikit, tanya bila nak sekolah.
Pastu soalan tu berulang-ulang sampai satu tahap......

Lastly bila anak pun dah besor-besor, umur dah agak senior, keemasan........,
Aku tahu korang teka soalan ape lepas ni.

Bila nak jalan.. kan? kan? Tak baik la. Kasar sangat bahasa ni

Gilo ke hape? Tanye la, bila nak tempah kubur.. hehehe.
I'm soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Yang sebenarnya, patut ditanya ialah, masa ko mula-mula baca blog ni ialah, ko dah semayang ke belom? Tak elok lewat-lewat semayang.

Jom solat!

Saturday, October 17, 2009

Update pasal RenneT

Ini dari laman web Muslimconsumer...

Mamot

Wed Aug 19 2009, 05:24PM

Registered Member #13086
Joined: Wed Aug 19 2009, 05:11PM
Posts: 20
ASM,

Saya rasa terpanggil untuk merungkaikan kekeliruan yang timbul berkaitan rennet dan babi. Untuk pengetahuan tuan, rennet adalah enzim protease yang dirembeskan oleh perut abomasum anak lembu yang sedang menyusu. Pada masa ini hampir 90% rennet untuk tujuan pembuatan keju di hasilkan melalui teknologi kejuruteraan genetik sejak 1989 lagi. Ringkasnya rennet tersebut bukan dihasilkan oleh anak lembu lagi, tetapi oleh mikrob seperti yeast dan mikroorganisma lain yang telah diubah genetiknya untuk mengeluarkan enzim pengental susu tersebut. Rennet sedemikian dipanggil microbial rennet atau chymosin. Sekiranya difikirkan secara logik, adalah tidak bijak untuk membunuh anak lembu yang sedang menyusu hanya kerana nak makan keju. Perlu diingat, haiwan dewasa (lembu dewasa atau babi dewasa) tidak mengeluarkan rennet di dalam abomasum.

Sekian dimaklumkan.

School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM-Bangi
SELANGOR
Tel : 017-8703282

Bagaimana dengan keju untuk kegunaan mass production? Yang orang persoalkan adalah keju home use yang slice. Tapi keju kat kedai pizza, kedai roti tu camne?

Friday, October 16, 2009

5 benda ajaib ;>


Baru-baru ni sembang dengan kawan-kawan. Banyak la yang diceritakan. Tapi akhirnya sampai ke satu point yang betul-betul kelakar.

Ceritanya pasal quality student yang semakin tinggi "KUALI Ti nya"....

Student IPT ni memang semuanya nak disuap, dari nota sampai ke soalan latihan.

Berbuih-buih keluar buih dari mulut sewaktu lecture. Tapi tak paham-paham jugak.

Jadi member aku ni pun dah geram, so dia pun cakap macam ni (senarionya dalam makmal amali kejuruteraan)...


"LAIN KALI MASUK DALAM MAKMAL SAYA NI, PASTIKAN AWAK BAWA 5 BENDA. JANGAN TINGGAL !

1. KALKULATOR
2. MULTIMETER
3. TEST PEN
4. BREAD BOARD
5. OTAK !

KALAU OTAK DAH ADA, JANGAN LUPA BAWAK AKAL KAMU TU SEKALI ! "

Wednesday, October 14, 2009

Yesss ! Memang tak cencitip

Satu contoh nyata yang boleh dipertikaikan.
Kentang dari jenama Tok Arab, pakai logo JAKIM yang tersalah taip?
Come on bro... Ini typing error by company yang buat packaging.. atau logo ni DICIPTA sendiri sijilnya oleh kampeni ni.. atau Outgoing QC kampeni ni tak perasan defect pada packaging kentang ni?
Kita sebagai pengguna ISLAM pun makanlah dengan sedapnye dan yakinnye.
Ya la, brand Arab. Tentulah halal!
Ye ke tidaaaak? Ini local company juga deyy


Zoom sikit kat garisan merah tu.
RENNET FROM COW.
Islamic Slaughtered COW or Kill & Die COW ?

Zoom lagik kat garisan merah.
CALVES / VEGETARIAN RENNET.
Orang vegetarian memang pantang kalau ada animal source dalam makanan dorang.
Tapi ni selambe jek. Siap ada palang ( / ).
Calves kot, vegetable kot.

Orang ISLAM MAlaysia mana kisah..

Sunday, October 11, 2009

Bang, air tapis satu! Lebih alkali yerr

1. Kat Mesia ni orang sume sibuk pasal tapis air. Sejak dari zaman aku lum grad kat U lagi.

2. Aku pernah la pakai tapis ni (yang murah jek, tapis jenis benang2 tu). Masa tu aku kat Johor, peh air paip dia kalau tak kuning, memang tak sah. Rupe2nya sumber air amik dari Sg. Bekok. Sume kilang buang waste kat sungai tu.

3. Itu 5 taun dulu punye citer. Tapi sekarang ni, aku dah banyak kali pindah randah, cerita air tetap sama. Kotor dan dikotorkan. Sungguh kotor air itu.

4. Bila time dah kerja, ada duit, mula la nak usya penapis air. Antaranya penapis air jenama What The Life dari sarikat UNI, Pi Yong dari sarikat Zoo Lion, jename pe tah dari sarikat Dokte Suka Daa dan Bai Yo Auww Ta dari sarikat Hai Yoo.

5. Selain dari jenama2 tu, ada macam2 lagi konsep penapisan yang dipromosikan. Tapis sehingga 0.9 mikron (kalau tak tau, 0.9 mikron tu saiz zarah yang diameternya 0.0000009 meter atau 0.9 x 10kuasa -6 meter). Pastinya lebih kecheik dari taik idung korang.

6. Ada lak siap compare tahap alkali dengan air zamzam. Tak tau alkali? Asid tau? Haa, alkali tu lawannye asid. Rasanya payau2 macam air yang payau.

7. Pastu claim air ni ada energy la, takde mineral langsung laa. Kalau takde mineral, mane nak dapat khasiat mineral? Dari ayam? Dari sayur? Sume tu pun racun, ayam suntik, sayur baja tait babi.

8. Dengan trend yang semakin menjadi2 sekarang ni, aku rase nanti taun 2020
(time tu blog ni dah cecah 4 juta post dan 18 billion follower),
orang pi kedai akan oder camni....

" Anney (mamak) ! Bagi teh tarik 0.678 mikron alkali 12 teknologi nono (baru punye teknologi) satu ! "

ataupung,

" Abe, kawe nok air sirak bandun infra blue kasi tambah 2 Joule energy. Kaw kaw punye naaa "..

9. Fuh futuristik sungguh post aku.. hua hua huaaaaa

Friday, October 9, 2009

KEPADA KAUM WANITA!

sumber post ni dari internet dan artikel yang rasanya boleh share

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah
berbahaya!!!

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara
Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah
diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara.

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol
memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong
berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin
akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari
plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun
ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak
perempuan mengetahui ini semua.

PANADOL OH PANADOL

sumber post ni dari internet dan artikel yang rasanya boleh share

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI
(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda.

Wednesday, October 7, 2009

Fesbuk tak bagus?

Dalam donia ni ada lebey SATU BILLION worang

Camne nak buat DATABASE bagi satu DONIA?

***Fesbuk, MaiSepes, Belog, Tewiter***

Sekarang ada berapa ahli Fesbuk?
Nov 2008, 120 juta orang.
Oktober 2009, lebih 250 juta orang.

Camne data peribadi korang dikumpulkan?
Masa nak register fesbuk, tanya nama, alamat, sekola renda, sekola menenga, kolej, U, kerja..

Camne korang akan selalu masuk Fesbuk?
Ada link dengan kawan2, ada game yang best2 cam game Pet Haus, Vila Ladang..

So, apa yang tak bagusnye?
Maklumat korang satu dunia akan dapat tahu, pastu korang khayal main game tu, pastu korang gi mana pun orang akan senang STALKER korang.. sebabnye korang sendiri yang carik pasal.. sape suruh letak info peribadi kat internet?

Andai kata korang jadi pemimpin, bos, ketua tentera, ahli politik dalam 20 taun lagi..

Camne nak BLACKMAIL korang?
Search je kat akaun Fesbuk korang yang lama2 atau search kat akaun Fesbuk kawan2 korang.. haa, ada macam2 kat situ.

Mana ada benda free bagi kat korang tanpa muslihat beb... Sape nak laburkan juta2 semata nak bagi server untuk korang free free? Lu pikirlah sekarang.

Friday, October 2, 2009

3 sTorEy bUNDle

Jemput masuk.
Kami buka 3 petang - 1 pagi.

Tak tau kat mane?

Kat sebelah Danga Festive Street Mall. Belah hujung nuun sane.

Jual ape?
Storey 1 : T shirt bla bla
Storey 2 : Ladies Apparel
Storey 3 : All sorts of Apparel
Price -> as low as Rm5 --- RM 30.

Thursday, October 1, 2009

*Judi halal* kat Danga Bay ?..Wow !

Selamat Datang ke Danga Bay.


Gempak tempat ni, happening. Dulu masa ada performance live band, agak kurang Melayu Islam lepak sini. Maksudnya duduk lepak minum air kat kawasan dedicated area. Tapi bila tempat live band ni dah di'rearrange', banyak giler Melayu Islam lepak2. Padahal, tempat ni pun ada serve minuman keras (beer je kooot). Hmmmmm....



Ada banyak stage kat sini untuk performance. Dulu siap ada amoi sexy nyanyi kat stage2 sini, sekarang macam dah tak nampak (lagipun lama tak jengah sini)..

Ada banyak game tau kat sini. Game yang kene beli token tiket pastu baru dapat main. Shoot and win. Tapi yang musykilnya, game ala funfair ni ada unsur2 perjudian kan?
Cuba korang zoom gambar ni, kat botol tu. Alaaaa.. botol tempat nak kene tembak la... Botol pe?

Ini game dart, 6 kali belon meletup baru ada hadiah.

Ini game tangkap itik. Tangkap satu itik, tengok bawahnya kaler pe. If contoh dapat kaler ijau, dapat adiah sticker. if merah, adiah anak patung kecik. Patung besar tu ntah bila tah dapat menang.

Game dart ni famous, sebab tu dia buat 2 booth.


Yang ni ala2 game tangkap itik dalam air tadi.

Ada satu famili tu perabihkan duit dari satu booth ke satu booth. Gilos.. Kecik2 ajar anak dia main benda2 ni.. Pekerja funfair ni pun Melayu Islam gak.
Jabatan agama ada ape2 komen?

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers