Friday, November 12, 2010

Sedikit cerita ekonomi yang org tak paham


Sokkaba semalam (11 nov 2010) kate OPR akan maintain, tidak berubah.

Itu tajuk besar. kat utusan bahagian ekonomi.

tapi bila wa baca, dia kata OPR maintain sehingga ini disember sahaja meh.

dia kata, tawon depan OPR akan naik dari 2.75% kepada 3.25%.

SEAWAL2NYE BULAN MEI 2011 DAN SELEWAT2NYE HUJUNG 2011.

pada aku, selepas pilihanraya tahun depan kot.....

sekali imbas, macam xde pepe je. berita biasa je.

tapi kalau lu celik ilmu perdagangan, bila OPR naik, maka BLR (untuk housing loan) akan naik.

sekarang BLR sudah 6.3%. bila OPR suda jadi 3.25%, itu BLR akan naik maybe ke 6.8%.

Kenaikan 0.5%.

Alaaa 0.5% banyak mane laaaa. Lu silap !!!

0.5% x rege rumah RM100,000 = RM 500. 500 x 25tahun pinjaman rumah = 12500.

bererti, bayaran bulanan akan naik dengan tiba2, atau hutg rumah xkan langsai dalam 25 tahun.

Kadar OPR di utusan malaysia 11 nov 2010

Kadar OPR di utusan malaysia 3 sept 2010

haha, kalau lu pakai islamic finance pun sama, dia akan amik BLR minus 1.75 (untuk gov servant), BLR minus 1.3 (untuk private hero).

kita dalam dunia yang penuh penganiayaan........

Thursday, October 7, 2010

Malaysia dah ade tahun 1937

Ditulis oleh Rupert Emerson. lahir tahun 1899 - mati pada 1979. 80 tahun hidup.

Bukunya bertajuk Malaysia : A study direct and indirect rule diterbitkan pada 1937 pada umur dia 38 tahun.

Apa ???? Masa tu hanya ada Tanah Melayu. Mane ade Malaysia? Apasal nama ni dah ade?

Biografi Emerson ..
Rupert Emerson


From Wikipedia, the free encyclopediaJump to: navigation, search


Rupert Emerson (August 20, 1899, in Rye, NY - February 9, 1979, in Cambridge, MA) was a professor of political science and international relations. He served on the faculty of Harvard University for forty-three years and served in various U.S government positions.






After serving in the U.S. Navy from 1917-18, he received a B.A. from Harvard University in 1922, then a Ph.D. at the London School of Economics in 1927. He was a member of the American Political Science Association, the Association for Asian Studies (president, 1952-53), the African Studies Association [1] (president, 1965-66), the American Academy of Arts and Sciences, and the Council on Foreign Relations.

Emerson, R. (1937). Malaysia: A study in direct and indirect rule. Kuala Lumpur: University of Malaya Press sole distributors University of Malaya Cooperative Bookshop
 
ni haa journal dia ada jual online. 2 muka surat. ni adalah review kepada buku yang ditulis oleh rupert. yang review buku adalah J.R Hayden.
 



ni hanya sebahagian review buku yang terbit pada 1937. aku x dapat baca semua sebab xde pasword web ni. berbayar beb..

tengok link ni .... ....

Sunday, September 26, 2010

the Pinky man!!!

Korang ingat lagi kartun kat TV3 dulu?

Alaa, yang ni... The Pinky and The Brain. Cite pasal 2 ekor tikus. sekor nak mengawal dunia, sekor lagi bengap ya amat...

http://www.youtube.com/watch?v=qzZmU0aGmcc&feature=related

Har har har ngok ngek punye tikus.


Nak jadi citer, aku jumpe si Pinky weh!!! Kat klinik lagi. kesiaaan dia sakit bro..

Kwang kwang kwang

Saturday, August 14, 2010

Kafe Ala Inggeris di JB

Salamzzz.

Kita jumpa lagi. Kali ni kami bawakan sebuah kafe hospital yang takde rupe kafe hospital.
Kafe ni di bawah seliaan Hospital Penawar, Pasir Gudang.

Sebelah kanopi merah tu entrance kafe.


Yang ni deretan food stall. ada kek, puff, nasi, mee.
Cuma limited choices.
Tak dapat la kalo korang nak makan pattaya, tomyam dan sewaktu dengannye.


Ni view tepi kedai. Angin sepoi2 bahasa.
Sekali pandang macam ala2 kat france plak. haha


Lastly, sampai pun makanan.. :)

Saturday, July 17, 2010

Senibong Cove (dasat sekali bah)

Ini hari Ajeng (nama dengan slang jawa) nak bawak abang kakak jalan2.

Tempat ni namanya Senibong Cove atau Teluk Senibong. Apa? Koordinat GPS?

Cari kat umah ketua kampung abang ye.

ni adalah permulaan masuk ke kawasan makanan laut paling happening kat JB.
sebelah kiri adalah deretan dapur, sebelah kanan deretan kedai makan atas air

ikan besar budak weh. sekilo siap masak dalam RM58 utk ikan merah

lobster lobster. 100 gram rm11. lu kira sendiri.
ni lobster kota tinggi kata dia..


err ketam ni.. ketah nipah.. tak berans naks makans

jalan jer, sume orang panggil ajak masuk kedai.
jenuh nak menepis.

JB ade pantai camni???

Har har. teruk betul aku ni.

Tahun2 dok JB, tempat ni baru aku pegi ari tu...


Gambar kat bawah ni menunjukkan pelabuhan kat SINGApo



Yang ni, entrance nak masuk ke kawasan pantai tu la. ikut jambatan kayu.

Thursday, July 8, 2010

Pat pat siku lipat

Bagaimana kita semua menjalani hidup?

Activity stalking surf FB kawan2 ni ibarat data collection bagi aku. Macam peniaga rojak yang nak promote jualan, kenela buat market survey, kan? (kene mengena ke contoh ni dengan maksud sebenar aku? hantam sajalah)


Dari apa yang aku lihat (my perspective of course), kita ni dah banyak terlupa sebenarnya...

Aku bagi satu kajian kes, orang A.

Si A ni ada dah anak (of course dah kawen), ada degree, ada kerja yang best, ada pasangan hidup yang kerja best, duduk kat hometown sejak dari dahulu kala (dari sek rendah sampai keje pun kat negeri sama kecuali time amek degree). So, what's the deal?

Dia suka mengFB, upload gambar, bla bla. Dia ada mengBlog, mengTweet. Dari situ bila aku baca. aku bole buat psychological conclusion pasal dia ni. Buat conclusion, bukannya judging dia buat apa.

Apa kene mengena terlupa dengan kajian kes si A ni?

1. Dia terlupa yang dia kene menjaga keselamatan diri dia, keluarga dia dan anak dia (beserta sepupu sepapat dia).
 Bukti : Aphal la ngkau masukkan semua alamat emel ko, tulis nombo talipon ko, tulis alamat umah ko kat FB? Why ? Why ? Not necessary at All!
Justifikasi : Bila ada mamat psychofreak yang nak buat jahat, dia gi jadi friend ko kat FB, study pasal ko, pegi umah ko, then tunggu kesempatan terbaik untuk melempiaskan melaksanakan aktiviti jahat seperti melastik cermin tingkap dan mematahkan ranting pokok bunga di halaman rumah.


rumah bola golf ke ape ni


2. Dia terlupa nak bezakan yang mana private life dan yang mana public life.
Bukti : Aphal ko upload semua gambo famili, dengan nama dorang sekali pastu ko cerita ko gi mana tiap2 minggu, bagitau pasangan ko tengah watpe, apa yang isi hati ko nak.
Justifikasi : Bila ada sedikit perselisihan rumah tangga, ada orang luar atau even pasangan ko sendiri yang akan kait mengaitkan segala tulisan ko di dunia siber ini untuk menilai ko. Ko mewujudkan watak sebenar ko di dunia siber yang brader pembuat bubuzela di afrika pun leh baca.


sibidibidi sibidiponpoooooon


Maleh la nak tulis banyak2, korang paham sendiri.

The more you rite bout personal life, the more you expose your throat to a sharp bloody knife !

Tuesday, June 15, 2010

RM130 for 5 items

Biasanya servis Perodua Viva :
Engine oil + drain plug gasket + oil filter = between RM110 - RM 130 (tatau figure sebenar)

Tapi kali ni servis Perodua Viva :
Engine oil + drain plug gasket + oil filter + air filter + cabin air filter (kawan aku develop barang nih!) = RM 130.
Siap dapat voucher RM10, beg 2, jam cenderahati.

Heheh sebenarnye ari tu gi ruang pameran Perodua kat salah satu ekspo geng Primaprima tu.
Saje nak tengok2. Pastu yang lagi best, upah workmanship half price!

Main Wii game kete dapat adiah keychain walau terbabas kete kat litar.

Jom tengok barang pe kitorang dapat.


Yang Black Ice 2 keping tu beli, satu RM 6.90 after less. Support Perodua Part Dept. !
Ada orang promo, beli ajo la..

Thursday, June 10, 2010

Laluan kawen lari @ sungai Golok

Mari adek, mari abe, ambo nok tunjuk guano nok kawen lari....



1. mesti cari jalan ni.. kene lalu kat area bas stand



2. pastu nampak jeti sementara ni


3. tunggu ada bot sampai, bayar singgit je.




4.  seberang sungai ni je, haa pergila carik mane2 tok kadi yang sudi.

itupun kalau dapat...

Rantau Panjang



pekan rantau panjang bersempadan dengan sungai golok...

cube tengok kedai tu jual ape?.. 



kat sini periuk cap zebra ade, cap eagle pun ade, hantaran perkahwinan ala gucci pun ade

Wakaf Che Yeh Kelate

lampu bright LED


durie


button kasut crocs

rupenye wcy ni ala2 uptown....

sate ikan

Fine Dine !


Makan tengahari yang relax, nyaman dan berharga rm12 seorang. hahah

Saturday, April 17, 2010

Keju Lagik !

Salam 1Malaya brader.

Gua rasa gua nak cakap lagi skali. Hari tu gua dah post pasal mende ni. Kat sini.
Tapi hari ni gua nak ulang lagik.

Gua bukan pe, hari ni gua pi seminar syarikat ayam. Pastu produk selain ayam, dia ada jual pizza.
Bila ada pizza, mesti la ada cheese. Ada keju. Gua terus teringat perbualan gua dengan kawan gua.

Gua            : Weh, lu tau tak keju tu perlu rennet?
Kawan gua : Tak tau. Apsal?
Gua            : Rennet tu datang dari perut anak lembu. Gua was-was lembu tu sembelih ke dak..
Kawan gua : Aku senang je. Apepe makanan ada cop Jakim, Halal Jakim, gua makan. Sebab ni keje kerajaan maa.
Gua            : Gua faham, tapi gua tak konfiden laa Jakim cek kampeni supply rennet tu hari2. Maybe dia audit 6 bulan sekali. Leh la kampeni tu kaver time odit. Time lain?
Kawan gua : Arghh, lu apsal pikir susah2, kan ada logo Halal. Jakim la tanggung kalau tak halal.
Gua            : Beb, dalam dunia ni ade bape juta lembu? Bape banyak kampeni yang milik Islam? Bape banyak kampeni non Muslim yang 100% comply Syariah setiap masa? Ko tau dia buat rennet tu camne?
Kawan gua : Ntah.. tak pedulik pon
Gua            : .............................

Gua sensitif bab makanan ni. Masuk dalam badan jadi daging, bawak ke anak cucu.

Kalo korang tak paham nape rennet tu gua curiga, lu baca kat sini, sini .

Gua tak larat baca kat internet, melambak dowh. Gua pun dah dekat 1 tahun tak makan bende2 berasaskan keju. Alhamdulillah....

Saturday, April 10, 2010

Cuti - cuti Malaysia : Kukup

Nak ke Kukup, kene drive ke arah Pontian.
Sampai hujung ada simpang empat.
Ke kanan Bandar Pontian, ke depan pantai Pontian, ke kiri Kukup.
Ni feri nak pergi ke seberang. Indonesia ya pak.

Selalunya bila imigresen JB kat Wisma dan Pekan Rabu cramped dgn orang buat passport,
so pilihan kedua adalah datang ke sini.
Cepat siap sebab kurang orang.

Cuti - cuti Singapore : Masjid Moden

Ruang solat Masjid Muhajirin.
Bersebelahan Majlis Ugama Islam Singapura.

Ada lif !

Pengurusan yang professional.

Konsep 5S.

Kat seluruh Singapura ni ada 30 lebih masjid yang dibina melalui MBF.
Mosque Building Fund.
Potong gaji untuk sumbangan membina masjid.





Cuti-cuti Singapore : Orchard Central

Sekarang ni kat Jalan Dusun a.k.a nama glemer Orchard Road.
Yang ni antara tarikan utama kat sini, bangunan cermin dengan eskalator kat luar bangunan.
Setinggi 12 tingkat !

Ni Tingkat 4 dan 5. Kedai shoppingnye kat atas ramp antara Tngkt 4 dan 5.
Nampak tak kat luar cermin tu, ada eskalator?
Itu la mendenye.

Interior decoration kat Floor Ground.


Ni lif kaca. Nampak luar dalam.

Dalam lif pun ada TV iklan. Haha

Wednesday, April 7, 2010

Cuti - cuti Singapore : Sup Tulang @ Bistik. Yummy!!!



Yummy !!! Marvellous !!! Baekk punyeerr !!!


Lokasi : Food court di Beach Road, Singapore


Gerai : Kebanyakan jual menu pelbagai tapi ni menu paling gempak.


Aku start belajar makan mende ni dari kecik.


Bagi yang tak tau, ni adalah gearbox kambing yang dimasak dengan pelbagai jenis sos. Tapi rasanya tak pedas. Kuahnya memang pekat. Rasanya memang unik. Takde jual kat Mesia.


Untuk sepinggan ni, rege dalam s$10. 10 dollar.


Pehh, tak tahan siot tengok. Nak pergi makan lagi !!!!!!!!!!!

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers