Saturday, April 17, 2010

Keju Lagik !

Salam 1Malaya brader.

Gua rasa gua nak cakap lagi skali. Hari tu gua dah post pasal mende ni. Kat sini.
Tapi hari ni gua nak ulang lagik.

Gua bukan pe, hari ni gua pi seminar syarikat ayam. Pastu produk selain ayam, dia ada jual pizza.
Bila ada pizza, mesti la ada cheese. Ada keju. Gua terus teringat perbualan gua dengan kawan gua.

Gua            : Weh, lu tau tak keju tu perlu rennet?
Kawan gua : Tak tau. Apsal?
Gua            : Rennet tu datang dari perut anak lembu. Gua was-was lembu tu sembelih ke dak..
Kawan gua : Aku senang je. Apepe makanan ada cop Jakim, Halal Jakim, gua makan. Sebab ni keje kerajaan maa.
Gua            : Gua faham, tapi gua tak konfiden laa Jakim cek kampeni supply rennet tu hari2. Maybe dia audit 6 bulan sekali. Leh la kampeni tu kaver time odit. Time lain?
Kawan gua : Arghh, lu apsal pikir susah2, kan ada logo Halal. Jakim la tanggung kalau tak halal.
Gua            : Beb, dalam dunia ni ade bape juta lembu? Bape banyak kampeni yang milik Islam? Bape banyak kampeni non Muslim yang 100% comply Syariah setiap masa? Ko tau dia buat rennet tu camne?
Kawan gua : Ntah.. tak pedulik pon
Gua            : .............................

Gua sensitif bab makanan ni. Masuk dalam badan jadi daging, bawak ke anak cucu.

Kalo korang tak paham nape rennet tu gua curiga, lu baca kat sini, sini .

Gua tak larat baca kat internet, melambak dowh. Gua pun dah dekat 1 tahun tak makan bende2 berasaskan keju. Alhamdulillah....

Saturday, April 10, 2010

Cuti - cuti Malaysia : Kukup

Nak ke Kukup, kene drive ke arah Pontian.
Sampai hujung ada simpang empat.
Ke kanan Bandar Pontian, ke depan pantai Pontian, ke kiri Kukup.
Ni feri nak pergi ke seberang. Indonesia ya pak.

Selalunya bila imigresen JB kat Wisma dan Pekan Rabu cramped dgn orang buat passport,
so pilihan kedua adalah datang ke sini.
Cepat siap sebab kurang orang.

Cuti - cuti Singapore : Masjid Moden

Ruang solat Masjid Muhajirin.
Bersebelahan Majlis Ugama Islam Singapura.

Ada lif !

Pengurusan yang professional.

Konsep 5S.

Kat seluruh Singapura ni ada 30 lebih masjid yang dibina melalui MBF.
Mosque Building Fund.
Potong gaji untuk sumbangan membina masjid.





Cuti-cuti Singapore : Orchard Central

Sekarang ni kat Jalan Dusun a.k.a nama glemer Orchard Road.
Yang ni antara tarikan utama kat sini, bangunan cermin dengan eskalator kat luar bangunan.
Setinggi 12 tingkat !

Ni Tingkat 4 dan 5. Kedai shoppingnye kat atas ramp antara Tngkt 4 dan 5.
Nampak tak kat luar cermin tu, ada eskalator?
Itu la mendenye.

Interior decoration kat Floor Ground.


Ni lif kaca. Nampak luar dalam.

Dalam lif pun ada TV iklan. Haha

Wednesday, April 7, 2010

Cuti - cuti Singapore : Sup Tulang @ Bistik. Yummy!!!



Yummy !!! Marvellous !!! Baekk punyeerr !!!


Lokasi : Food court di Beach Road, Singapore


Gerai : Kebanyakan jual menu pelbagai tapi ni menu paling gempak.


Aku start belajar makan mende ni dari kecik.


Bagi yang tak tau, ni adalah gearbox kambing yang dimasak dengan pelbagai jenis sos. Tapi rasanya tak pedas. Kuahnya memang pekat. Rasanya memang unik. Takde jual kat Mesia.


Untuk sepinggan ni, rege dalam s$10. 10 dollar.


Pehh, tak tahan siot tengok. Nak pergi makan lagi !!!!!!!!!!!

Cuti cuti Malaysia : Bugis Place

Muzium Bugis ni terletak kat Pontian, on the way nak ke Kukup.
Mulenya nak cari Muzium yang baru buat (ada kuar kat TV1),
tapi terjumpe Muzium yang lama.
Boleh lah..

Beskal ni digantung kat dinding. Tah nape.
Ni suasana dalam Muzium.
Actually rumah orang ni.

Yang ni sape2 rasa nak hulur seikhlas mungkin, masuk la wit kat tabung kayu.
Yang kale biru tu, macam mesin cek @ mesin cash register zaman dulu2.

Yang ni koleksi senjata dan barang2 pelik.

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers