Saturday, August 29, 2015

Berniaga Online Perlu Ada Website Ke ? Kan dah ada facebook dan instagram...



Haa, inilah topik yang selalu orang sebut sebut. Lebih lebih lagi yang berniaga online.

Jom, baca pandangan dari saya, semoga membantu.

1. Ini ialah review yang neutral dan ditulis dari pandangan yang tidak memihak sesiapa.

2. Anda ada bisnes di Facebook dan Instagram ? Ada ramai pelanggan ? Jadi topik ini sesuai untuk anda.

3. Bila ada likers FB yang ramai atau ribuan followers di Instagram, kemudian bisnes pun syok, apa perlunya ada website ? Dan kenapa asyik dengar orang takut-takutkan kalau facebook atau insta tiba-tiba tutup ?

4. Dalam kes ini, ada sepatutnya concern 2 perkara sahaja. Ya 2 sahaja.

5. Pertama, database pelanggan sedia ada.

6. Kedua, kedai anda sendiri. Ia bertujuan jadi kedai alternatif atau tujuan fb ads retargeting atau mengumpul prospek baru.

7. Item Pertama dan Kedua, adalah 2 topik besar yang berbeza ya amat !

8. Ok, kita lihat database.
Dari segi data :
a. whatsapp yang diterima : kita asingkan antara prospek dengan buyer
b. untuk data prospek, kita perlu selalu broadcast tips, nasihat, promosi, tanya khabar.
c. untuk data buyer, kita perlu broadcast tips, nasihat, promosi, tanya khabar.

Eh, sama je ?

Ya memang sama, tapi gaya bahasanya mestilah berbeza walaupun contentnya hampir sama.

Kenapa ?
Tujuan kita untuk optimizekan bilangan prospek yang berjaya menjadi buyer dan juga optimizekan kekerapan buyer membeli dari sekali.

Khas untuk bab ini, ada 1 artkel yang khusus yang menceritakan semua ini.

Artikel 1 : Cara Kira Margin
Artikel 2 : Makin Jual Kenapa Makin Rugi ?

Klik link pada artikel ya, untuk kefahaman yang lebih baik supaya anda buat lebih banyak wang dari bisnes.

8. Sekarang, kita lihat bahagian website.

Ada 3 kegunaan website sebenarnya.

a. sebagai alternatif & backup jika Fb page anda ditutup oleh Fb atau instagram anda kena banned

Kan ada pernah dengar, cerita orang buat report pada akauan bisnes sebab dia ialah pesaing.
Ada orang main kotor untuk jatuhkan bisnes dengan cara buat report pada Fb atau IG.
maka, website ialah alternatif terbaik.

b. sebagai retargeting ads.

dalam bab ini, kita akan gunakan coding ataupun dinamakan tanam pixel.
pixel ialah code yang kita ambil dari facebook dan letak dalam website.
Gunanya ialah, apabila orang datang website kemudian dia klik2 tapi tak beli.

Maka, apabila anda running fb ads dan audiencenya ditargetkan kepada orang yang lawat web anda,
maka iklan anda akan kejar pelawat web anda di facebook.
jadi dia akan melihat ilan anda berulang2 kali.
Ini ialah iklan yang targeted sebab dia lawat web tapi tak beli, mungkin sebab belum gaji atau nelum rasa yakin.

Tapi bila buat fb ads berdasarkan data pelawat website anda, pelawat akan yakin dan akan buat keputusan untuk membeli.

Kalau nak rasa kena kejar iklan, trylah pergi laman web Lazada.com.my tu


c. sebagai mengumpul prospek baru.

zaman sekarang, pelawat makin bijak.
mereka akan cari seller yang beri addded value sebelum beli apa-apa.
maka, anda kena jadikan website anda sebagai penambah nilai dengan konsten yang menarik.
dan salah satu caranya ialah gunakan email list.
yang ada keluar ruangan masukkan nama dan emel tu untuk dapat info-info yang best.

haa yang ini ada boleh buat percuma.
gunakan mailchimp ataupun emelmatik.
anda perlu sign up dan dapatkan code dari emelmatik atau mailchimp,
kemudian letak dalam website.
dari situ, bila pelawat datang dan anda letak ayat seperti,

"Nak tahu cara / tips terbaru mengenai xxxxxx  ? 
masukkan nama dan emel dalam ruangan di bawah."

So, mana nak cari website ?
saya sarankan hosting tempatan dan anda gunakan wordpress.
ia taklah semudah blogspot, tapi ia ada feature yang penting jika anda nak berbisnes lama.
Klik pada gambar di bawah ni, customer servicenya cepat dan berbahasa Melayu tau.





So, macam mana ?

Berniaga Online perlu ada website ke ?

Anda tentukan sendiri ya.

Ingat :
1. database : optimizekan
2. kedai sendiri : dapatkan prospek baru dan retargeting


So,
Kalau anda rasa-rasa nak tambah follower di Instagram,
dan nak dapat nasihat yang boleh pakai,
lawati :
www.instagram.com/tambahigfollower

Ada apa-apa nak tanya,
just komen di bawah ye.

#kipidap

No comments:

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers