Saturday, August 29, 2015

Cara Belajar Buat Kuih Muffin, Roti canai,Maruku, Coklat, Cookies, Cheese Cake dan lain - lain

Anda student bakeri ?

Bukan ?
Tapi teringin nak belajar memasak sebab ada impian buka bakeri sendiri ?

Waah, mesti seronok. Lebih - lebih lagi bila tonton cerita Unique Sweets kat Astro tu.

Lepas tu, tengok Bake With Anna Olson pula.
Memang terliur weh. Tak lupa cerita Unwrapped.

Haha, best betul bila ada skill. Buka order di Mudah.my, berdesup orang call.


Ok, di sini saya senaraikan beberapa laman web yang anda boleh belajar memasak dengan cara yang betul.


Dan ada support after sales tau.


Sebab cikgunya semua di Malaysia ! 


Aktif di Fesbuk lagi tau.

Orait jom cuci mata.



1. Cara Belajar Buat Maruku


Nama cikgu : Nur Syahidah Zulkifly




2. Cara Belajar Buat Aneka Bun, Pizza

Nama cikgu : Mohd Hairul Hissam
Pakej ini akan mengajar anda membuat aneka bun, pau dan

pizza yang sedap.




3. Cara Belajar Buat Coklat Homemade + Video

Nama cikgu : Mohd Ghazali Mat Yisa

Panduan untuk anda mula menjana pendapatan lumayan hanya dengan Coklat





Nama cikgu : Nur Syahidah Zulkifly 
Panduan Membuat Muffin Yang Sedap Untuk Bisnes dan makan-makan.




Nama cikgu : Nur Syahidah Zulkifly

CD Panduan Membuat Kek Cheese. Terdapat 4 Jenis Kek 

Cheese akan dipelajari daripada CD Ini.



6. Cara Belajar Buat Biskut Cookies ala-ala Famous Amos

Nama cikgu : Nur Syahidah Zulkifly
Panduan Membuat Cookies Yang Sedap Dan Ranggup seperti biskut terkenal






7. Cara Belajar Buat Maruku

Nama cikgu : Nur Syahidah Zulkifly
Panduan Membuat Maruku yang terkenal di pasaran






8. Cara Belajar Buat Roti Canai dan Murtabak + Video

Nama cikgu : Mohd Hairul Hissam

Pakej ini mengajar anda membuat aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri. Semuanya di ajar dalam video step by step yang terperinci




9. Cara Belajar Bisnes Burger

Nama cikgu : Mohd Suhaimy Abu Bakar




Cara Buat Iklan Di Google Adwords

Hai, apa khabar ?

Waah menjadi-jadi bisnes online sekarang ni.

Jika korang nak jual benda online, kena pastikan cara iklan tu betul atau tidak.

Maksudnya,
orang cari homestay, cari kerja , cari kereta sewa kat Google.

orang cari jubah cantik2 kat Instagram.

orang cari cikgu bisnes kat Facebook.

So, hari ni saya nak cerita cara iklankan produk di Google Adwords.

Alternatif Google Adwords ialah Mudah.my.

Sebab tujuan iklan di Google Adwords atau Mudah.my ialah,
iklan ni sampai pada target market di tempat yang betul.

Mudah.my dah invest jutaan ringgit untuk SEO, sebab tu bila korang post iklan kat Mudah, dan apprioved.

Korang akandapati iklan korang kat mudah.my akan naik kat Googe search result 1st page.

Kalau nak belajar cara berkesan iklan kat Mudah.my ni,
cer try contact abang Umar Taib.

Dia ialah Mr Mudah malaysia. Ini link untuk korang lihat hasil kerja dia yang korang boleh guna untuk iklan barang kat mudah.




Eh, dah melilau ke cerita Mudah plak. Tadi nak cerita Google Adwords.

Ada kaitan ni.

Google adwords akan tempatkan iklankita di

1. Google search result first page di bahagian atas sekali dan kanan.
2. di rangkaian semua website yang ambil bahagian dalam google adsense seperti harian metro, blog popular dan lain-lain.

Buat iklan di Google adwords, tak sesusah mana.

Harganya pula nak kata mahal atau murah, ia bergantung pada Customer Acquisation Cost kita dan Life Time Value Customer kita.

Kalau 1 klik 20 sen setapi menghasilakn julan rm30 bersih pastu jaga baik2 customer tu, dia repeat buyer 3 kali.

Tak ke dah rm120 untung bersih ?

Modal baru 20 sen. adohai.

ek eleh cakap memang la senang.

orait saya minta maaf.

Camni,
kalau spend iklan rm200 dan 1000 orang klik.
10 orang jadi buyer.

Maka CAC iailah rm200 / 10 = rm 20.

Maka produk kita haruslah margin untung rm 20 dan ke atas.

Dan bila dia repeat buyer, kan dah ada untung.

Korang ingat McDonel tu saja-saja buat Happy meal ?

Buat mainan happy meal dengan kos makanan happy meal tu pun tak balik modal. Tapi MekCodel buat juga.

Sebab Apa ?

Sebab dia tahu, lama2 budak ni membesar jadi customer repeat buyer diorang juga.

Haa, faham ?

So, dah ready nak belajar buat iklan Google Adwords ?

Ini caranya....

Korang belajarlah dengan tuan Shamsuriyadi ni.

Dia lagi terer. Klik sini klik sini.




Huhu.

Cara Berniaga Di Instagram 2015 & 2016. Untuk orang baru nakbelajar.

Hai, semenjak duit RM di jatuh berdebuk, ramai pulak taknak buat Fb ads.

Katanya makin mahal.

Dan orang2 muda pun dah tak duduk kat dalam facebook.

Semua lari pergi instagram.



Aduhai, nak kena buka kedai di Instagram pulak.

Kena belajar benda baru.

Rileks, senang sahaja Instagram ni.

Asalkan ada handphone dan ada acc facebook, hari ni juga dah boleh buka kedai.

1. Download apps Instagram di Google Play Store ataupun Apple App Store.

2. Create acc dengan guna facebook login ID.

3. Siap !

4. Basically, Instagram ni atau IG ni ialah medan sosial bergambar.
Kalau twitter, lama sosial berdasarkan ayat status.

5. Sebuah gambar menceritakan 100 perkataan, kan ?

6. Market remaja berumur 12 hingga 25 tahun ada dalam IG. Mereka antara orang yang kuat shopping. Maklumlah mak bapak dah senang dan diorang pun dah kerja.

7. Jadi produk untuk pakcik makcik nenek atuk tak laku di IG ya.

8. Perkara pertama yang perlu kita buat ialah,
JANGAN JADIKAN IG ANDA KEDAI YANG JUAL SEMATA-MATA

Banyak dah client yang saya handle, kedai Ig dia semua nak jual, semua nak upload, takde pun ciri-ciri nak membantu buyer.

Orang pergi Ig sebab nak lepak lepak, orang kan tak suka jumpa salesman, insuranmen dan takafulmen.

SO, kita sebagai seller, kenalah bijak ambi hati. Barulah diorang jadi follower.

Sebab orang yang follow kita sahaja yang nampak status / gambar yang kita upload.

9. Kalau nak lebih faham, saya ada nak rekemen 1 video tutorial yang bagus.
Kalu suka belilah. 
Tengok video dan kalau nak tahu lagi, klik sini. haa sini.




Katakan lepas pandai belajar Instagram dan nambah follower yang targeted,

hubungilah orang di link bawah ni. 

www.instagram.com/tambahigfollower

Ada apa-apa nak tanya, komenlah kat bawah ya.

Berniaga Online Perlu Ada Website Ke ? Kan dah ada facebook dan instagram...



Haa, inilah topik yang selalu orang sebut sebut. Lebih lebih lagi yang berniaga online.

Jom, baca pandangan dari saya, semoga membantu.

1. Ini ialah review yang neutral dan ditulis dari pandangan yang tidak memihak sesiapa.

2. Anda ada bisnes di Facebook dan Instagram ? Ada ramai pelanggan ? Jadi topik ini sesuai untuk anda.

3. Bila ada likers FB yang ramai atau ribuan followers di Instagram, kemudian bisnes pun syok, apa perlunya ada website ? Dan kenapa asyik dengar orang takut-takutkan kalau facebook atau insta tiba-tiba tutup ?

4. Dalam kes ini, ada sepatutnya concern 2 perkara sahaja. Ya 2 sahaja.

5. Pertama, database pelanggan sedia ada.

6. Kedua, kedai anda sendiri. Ia bertujuan jadi kedai alternatif atau tujuan fb ads retargeting atau mengumpul prospek baru.

7. Item Pertama dan Kedua, adalah 2 topik besar yang berbeza ya amat !

8. Ok, kita lihat database.
Dari segi data :
a. whatsapp yang diterima : kita asingkan antara prospek dengan buyer
b. untuk data prospek, kita perlu selalu broadcast tips, nasihat, promosi, tanya khabar.
c. untuk data buyer, kita perlu broadcast tips, nasihat, promosi, tanya khabar.

Eh, sama je ?

Ya memang sama, tapi gaya bahasanya mestilah berbeza walaupun contentnya hampir sama.

Kenapa ?
Tujuan kita untuk optimizekan bilangan prospek yang berjaya menjadi buyer dan juga optimizekan kekerapan buyer membeli dari sekali.

Khas untuk bab ini, ada 1 artkel yang khusus yang menceritakan semua ini.

Artikel 1 : Cara Kira Margin
Artikel 2 : Makin Jual Kenapa Makin Rugi ?

Klik link pada artikel ya, untuk kefahaman yang lebih baik supaya anda buat lebih banyak wang dari bisnes.

8. Sekarang, kita lihat bahagian website.

Ada 3 kegunaan website sebenarnya.

a. sebagai alternatif & backup jika Fb page anda ditutup oleh Fb atau instagram anda kena banned

Kan ada pernah dengar, cerita orang buat report pada akauan bisnes sebab dia ialah pesaing.
Ada orang main kotor untuk jatuhkan bisnes dengan cara buat report pada Fb atau IG.
maka, website ialah alternatif terbaik.

b. sebagai retargeting ads.

dalam bab ini, kita akan gunakan coding ataupun dinamakan tanam pixel.
pixel ialah code yang kita ambil dari facebook dan letak dalam website.
Gunanya ialah, apabila orang datang website kemudian dia klik2 tapi tak beli.

Maka, apabila anda running fb ads dan audiencenya ditargetkan kepada orang yang lawat web anda,
maka iklan anda akan kejar pelawat web anda di facebook.
jadi dia akan melihat ilan anda berulang2 kali.
Ini ialah iklan yang targeted sebab dia lawat web tapi tak beli, mungkin sebab belum gaji atau nelum rasa yakin.

Tapi bila buat fb ads berdasarkan data pelawat website anda, pelawat akan yakin dan akan buat keputusan untuk membeli.

Kalau nak rasa kena kejar iklan, trylah pergi laman web Lazada.com.my tu


c. sebagai mengumpul prospek baru.

zaman sekarang, pelawat makin bijak.
mereka akan cari seller yang beri addded value sebelum beli apa-apa.
maka, anda kena jadikan website anda sebagai penambah nilai dengan konsten yang menarik.
dan salah satu caranya ialah gunakan email list.
yang ada keluar ruangan masukkan nama dan emel tu untuk dapat info-info yang best.

haa yang ini ada boleh buat percuma.
gunakan mailchimp ataupun emelmatik.
anda perlu sign up dan dapatkan code dari emelmatik atau mailchimp,
kemudian letak dalam website.
dari situ, bila pelawat datang dan anda letak ayat seperti,

"Nak tahu cara / tips terbaru mengenai xxxxxx  ? 
masukkan nama dan emel dalam ruangan di bawah."

So, mana nak cari website ?
saya sarankan hosting tempatan dan anda gunakan wordpress.
ia taklah semudah blogspot, tapi ia ada feature yang penting jika anda nak berbisnes lama.
Klik pada gambar di bawah ni, customer servicenya cepat dan berbahasa Melayu tau.





So, macam mana ?

Berniaga Online perlu ada website ke ?

Anda tentukan sendiri ya.

Ingat :
1. database : optimizekan
2. kedai sendiri : dapatkan prospek baru dan retargeting


So,
Kalau anda rasa-rasa nak tambah follower di Instagram,
dan nak dapat nasihat yang boleh pakai,
lawati :
www.instagram.com/tambahigfollower

Ada apa-apa nak tanya,
just komen di bawah ye.

#kipidap

Friday, April 24, 2015

Cara buat apps android secara percuma di MIT App Inventor

Salam,

Dalam blog ni ada dinyatakan cara buat apps android pada post yang lalu.
(search ye)

Hari ni akan ditunjukkan 1 cara lain buat apps android secara free.

Budak-budak diploma buat projek semester akhir pun guna cara ni tau.

Diorang siap buat app kat pc then pindah ke smartphone, pastu connect dengan  microcontroller.

Cara dorang connect antara smartphone dengan microcontrolloer ialah guna bluetooth ataupun wifi.

Semua ni boleh dibuat dengan app MIT inventor ni.

MIT ni Institut Kejuruteraan Massachusets (spelling silap maaf ya).

Walaupun ia Institut tapi dia lagi power dari mana2 univesiti dunia ni dalam bidang kejuruteraan.

Student MIT ni boleh kata student paling genius dalam dunia bagi bidang kejuruteraan.,

So, diorang dah mudahkan cara buat apps di android guna platform diorang.

Apa yang korang perlu hanyalah akaun google iaitu gmail.

1. Pergi link ni : http://ai2.appinventor.mit.edu/

2. Login guna akaun gmail dan accept terms and regulation.

3. Dah boleh terus buat project android.

4. Ada tutorial mudah yang boleh belajar kat situ.

5. Camne nak pindahkan projek yang dah siap ke smartphone ?

6. Ada2 cara, Pertama. download apk dia dan save dalam smartphone. 
Kedua, sync terus guna wifi. Make sure tempat korang ada wifi antara PC dan smartphone

7. Setel dah.

8. Tutorial ni takde gambar sebab nak cepat tulis.

9. Kalau korang nak coaching cara buat apps di smartphone yang boleh sambung dengan microcontroller, boleh hantar wasap ke 0193190345, taip "nak coaching buat apps android".
Harga coaching ini ialah rm500. Buat apps dan connect terus dengan microcontroller terutama arduino.

10. Adios amigos pathos.

Ada modal bawah rm100 ?
Saya nak rekemen software buat apps secara drap dan drop.
ada free trial tau.
Klik sini ->>> software buat apps android cara drag n drop sahaja

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers