Friday, November 27, 2009

pagi aidiladha

Selamat datang ke Masjid Taman Rinting, Johor Bahru.
Ni sewaktu melapah daging bawah khemah
17 ekor lembu. Group 1, 116 kilo daging tu...







Majlis Qurban kat Johor Bahru.

Friday, November 13, 2009

Bonus, 30% dan 50 juta

Salam. Selamat berhujung minggu.

1. Petang tadi aku baca la Harian Metro, masa petang2 sambil minum Nes O Ais.

2. Ada 3 berita yang memang aku tertarik nak ulas dan bagi pendapat.

Satu : Kerajaan muktamad takde bagi bonus yang Cuepacs tuntut untuk kakitangan awam.

Pendapat aku : Ni petanda ekonomi belum pulih tetapi banyak duit rakyat terbazir adalah kerana penyelewengan seperti yang Ketua Audit Negara umumkan. Ntah ada ke tidak tindakan diambil. Stadium RM300 juta yang runtuh pun senyap jek.... Selain tu, duit rakyat terbazir kerana konsesi tol dan perjanjian dengan IPP yang ntah bila nak disemak semula.

Bonus ni bukan wajib, so sama2 la kita bersyukur dengan gaji yang ada.

Dua : Cukai sebanyak 30% dari pendapatan para JUSA dimansuhkan.

Pendapat aku : Wow! Ape relevannye orang yang dah sedia kaya ni dikenselkan cukainye? Membe kat swasta yang gaji ala2 level JUSA ni pun kene cukai 30% gak. Tak paham la ape sebab dikala rakyat mintak bonus tapi tak bagi, cukai JUSA dikenselkan. Nak amik ati para JUSA ke? Tak le.. nak bagi JUSA ni spend duit yang ada, baru la ada lebih banyak RM akan bergerak dalam negara.

JUSA ni Jawatan Utama Sektor Awam. Level selepas 17, 22, 27, 29, 32, 41, 48, 52, 54 baru JUSA C, JUSA B dan JUSA A. Pastu baru Turus 3, Turus 2, Turus 1. Turus 1 tu Ketua Setiausaha Negara.

Tiga : Media Prima Berhad menawarkan untuk pengambilalihan 57% saham pemilikan New Straits Times Press. Sekarang, MPB dah kuasai 43% saham NSTP. NSTP ditawarkan 1 waran saham MPB bagi setiap 5 saham yang NSTP jual kat MPB. 50 juta waran ditawarkan.

Pendapat aku : MPB sebagai gergasi media elektronik dan bakal gergasi media cetak. TV 3, 7, 8 dan 9. Radio HotFm, FlyFm. Yang menjadi musykil, adakah sah tawaran 1 waran MPB bagi setiap 5 saham NSTP?

Pada aku, waran ni ibarat peluang yang ditawarkan untuk memiliki saham. Belum milik pun, just waran sahaja (macam tawaran istimewa la).
Mana ada orang buat camni, "Aku nak beli 5 kambing hang dan hang dapat 1 kupon untuk dapat peluang beli 1 botol sirap aku buat".

So, sape2 ada pendapat untuk memperbetulkan "salah tanggapan" ni, bagilah respon yek.

Adios, Malaysia Boleh !

Thursday, November 12, 2009

Memang sah Ting Tong !

Ingat tak ari tu aku ada post pasal bawak 5 bende pegi kelas ? -> bawak otak
Hari ni ade cite lawak lagi satu.

So hari ni ada lecture tentang subjek Penjanaan Tenaga Elektrik.

Masa nak mulakan kuliah, membe ni pun test basic knowledge student dia.

"Di Malaysia , ada penjana tenaga berasaskan hidro, diesel, arang batu, gas dan solar"

"Okeh Ina (konon2 nama student), sebutkan kat mana kita jumpe Stesen Janakuasa Hidro?"

*
*
*
*
*
*
*
*


So, si Ina ni pun jawab dengan konfiden,

"Ada dalam LAUT encik"

Pap! Membe ni pun tepuk dahi. Ape la nasib dapat student ting tong macam ni...

Saturday, November 7, 2009

Diari Penempeleng Hantu 2

sambungan dari yang lepas..

1. Student mula memenuhi depan asrama.. Oleh kerana blok laki dengan pompan ni dekat, maka ramai2 la dorang datang. Aku x selesa bila jadi perhatian. Risau kekacakan ini akan terluak sedikit demi sedikit.

2. Aku bagi signal kat Mr. M supaya kasi line clear sket. Karang antu rimau ni merasuk budak lain plak. Lagi payah nak tangkap.

3. "Perhatian! Sape2 yang tak semayang Isya' lagi, tengah period dan volunteer untuk histeria sila tuggu di sini. Rapat2 sket. Saya nak buat pemilihan sekarang!", laung Mr. M.

4. Pelan2 student beransur tapi ada yang berani nak tengok jugak. Yang tinggal dalam 10 orang. 5 orang yang mula2 tunggu aku datang , 5 lagi yang tak reti bahasa. Warden pompan tu agak2 katne? Of course belakang lelaki terkacak.. Hehe

5. Aku tertanya2 mane la ustat yang jadik warden kat asrama lelaki ni? Masjid dah lama tutup lampu, rancangan Forum Perdana pun bukan malam ni..maybe ada bisnes gathering kot..

6. Bersila aku duduk, wajah dongak ke langit, tapak tangan rapat ke lantai,
kelopak mata ditutup, bibir melafazkan,
" Aku tahu asal engkau, asal dari api hitam,
hitam pekat datang bersahabat, tujuh petala engkau dicampak,
alam ini engkau datang, dengan kalimah suci aku membuka,
melihat dirimu si syaitan laknat !!! "

7. Sekonyong-konyong aku terasa ada reiatsu yang kuat giler kat belakang tengkuk. Aku rasa macam jadi Kurosaki Ichigo berlawan dengan Zaraki Kenpachi plak. Masa aku bukak mata, memang sah! Antu rimau yang sama aku karate masa semester lepas. Dia lagi.. Alahai lahai.



8.
"Huwarghh ! Pekabo Jo?", tanya dia.

9. "Haram betul. Sape suruh ko sebut nama aku? Kan orang dah tahu sape Mr. J yang sebenar!. Nah amik kau tempeleng ni !!! Watchaaaaaa. "




Sekian tamatlah cerita Diari Penempeleng Hantu.

Wednesday, November 4, 2009

Diari Penempeleng Hantu 1


1. Malam belum larut lagi, walau gelap malam sudah lama merayap-rayap ke dada bumi..

2. Burung-burung dah lama balik ke sarang, tapi manusia masih lagi berpusu-pusu kat pasar malam. Entah pebende dicari, kan baik pegi tengok berita. Tengok Dr. Asri hensem tu.

3. Baru nak duduk rilek2, nset seken hen E72 aku pulak berbunyik. Macam takde lain time je nak kol orang. Hampes betuls lahs.

4. "Halo Mr. J (hampir nama sebenar), ni ada budak histeria lgi. Tolong tengok sat. I takuut", suara pompan yang merintih manja memohon bantuan kecemasan.

5. "Baik saya datang sekarang", aku baru nak tengok Isma berjoget sat lagi. Kacau daun betol.

6. Time hujung semester macam ni, dekat2 musim exam, ade je budak yang nak terima penyepak dari aku. Opps, antu yang kene sepak. Aku pun pakai baju semat2 sikit, buh pefium 2 3 das. Untung2, jumpa awek cun.

7. Aku tak paham betol la, kan banyak lagi orang yang alim wal alimun wal powerun untuk uninstall virus antu histeria ni. Balik2 akuu jugak yang kene panggil. Aku ni ex-engineer. Kalau nak cari Mat Bangla bancuh simen, ghetila aku. Ini nak melayan bende2 mistik macam ni.

8. Sampai2 je kat Crime Scene Area, naaaah ambik kau... budak tu dah bersilat jadik arimau pulak. Bila masa ada subjek Amali Pengajian Zoologi dan Kehaiwanan kat sini.

9. Merangkak2 ke hulu ke hilir, kacau orang sana sini. Lompat kat tepi longkang, panjat atas tangga. Ceh, reti pulak antu arimau ni pakai baju, pakai suar. Apsal tak tumbuh bulu belang2, boleh aku siat2 bagi anak aku wat selimut.

10. Awan mula berarak mendung.. tetapi aneh bulan tidak dilitupi. Angin mula terasa perlahan2 bertiup di celah kakiku, harap2 kentut ku ini tak berbau...

11. "So, Mr. J, camne kita nak setelkan budak ni? Hang ada bau semacam tak? Aku syak bende tu bawak kawan", ujar Mr. M dengan serius menyapaku.

12. "Macam biasa, kita bukak alam dulu. Tengok antu mana yang masuk, then kita borak2 la dengan dia" balasku sambil kepit punggung kuat2.

13. Mr. M pun start duduk bersila, tunduk ke bawah dan membaca sesuatu.... Kemudian dia mengeluarkan sesuatu... Lantas dia membukak coklat Kedberi yang dia amik kat koperasi petang tadi. Aku ingat dia nak bukak alam. Rupenye dia makan. ceh poorah cit!

14. Antu rimau tu dah mula nak eksen. Panas plak ati aku. Dia mengaum2 kat depan aku. Of course suara dia manusia, tapi mengaum tak ingat dunia.

.....to be continued.....

Sunday, November 1, 2009

Perkara pelik kat pesta ???




Ingat lagu ni?

Dari Perlis sampailah ke Sabah,
Kita sudah merdeka,
Negara makmur rakyat mewah,
Kita sudah berjaya.

Apa kata kita tukar lirik tu........

Dari Perlis sampailah ke Sabah,
Kita suka berpesta,
Negara tenat ekonomi parah,
Kita buat dek saja...

1. Sepanjang penghijrahan kitorang dari satu negeri ke negeri yang lain, kitorang terperasan satu bende yang memang common sangat-sangat.

2. Awatnya orang Mayu suke gi pesta aaaaa? Sapepun penganjurnye. Kompom tapak pesta tu penuh macam semut. Macam ada lori gula terbalik masa nak elak monyet melintas.

3. Penuh sangat-sangat sampai terlupa matahari punyela panas. Tengahari buta pun bole raun2. Cuba suruh berkawad kat tengah padang pukul 1 tengahari, mati idup balik korang taknak punye. Tapi yang kat pesta, boleh plak kita berhimpit-himpit. Macam-macam bauuu adaaa.

4. Orang Mayu paling senang kene pengaruh dengan barang-barang promosi kat booth jualan. Rugi giler rasanya, boleh ralat sangat-sangat kalau tak mencuba dan beli barang promo. Padahal bende tu esok lusa pun bole cari, bole beli.

5. Patutnya pergi la gather information dulu kat buku, internet. Pastu baru la gi beli barang tu. Betul?

6. Kitorang tak nafikan yang pesta yang beraneka macam ni ada banyak maklumat berguna. Tapi maklumat tu taklah sebanyak sampah yang korang buang sepanjang berlenggang lenggok merasa makanan free, beli jajan satu beg RM10 (yang jajan tu tak perlu pun beli sampai RM10 -> nak beg lawa punye pasal ).

7. Para peniaga yang dikasihi pulak, penyakitnya sama dengan tokey pasar malam. Macam tak ternampak lak time masuk waktu sampai akhir waktu ada berkunjung mesra ke surau berhampiran.. Ada peniaga yang pergi semayang cuma bilangan tu kene kasi dabel, tripel lagi la.

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers