Wednesday, December 30, 2009

Klik untuk dapat duit !!!!!!!!!!!!!

Pantun Ihsan dari Syamsun @ Pakbelang YahooGroup :TQ!
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Friday, December 18, 2009

Mari Main Kalkulator

1. Daripada 27 juta rakyat Mesia, berapa ramai orang sempat baca doa akhir tahun dan awal tahun?

Andaian
1. : 60% Islam 40% Bukan Islam, jadinya tinggal 16juta 200ribu orang.

2. : Yang terlupa, tak tahu, tak sempat, tak ada buku doa, tengok bola final Mesia menang, ye ke ada kene baca doa,sibuk kerje dan lain2 dalam 40%. So berbaki lagi 9juta720ribu orang.

3. : Yang baca sahaja dan tak faham kenape nak baca, terjemahan doa tak tahu, sekadar angkat tangan aminkan doa, baca doa sambil tengok bola, adalah dalam 50% maka bakinya 4juta860ribu orang.

Kesimpulan : Jadinya lebih kurang 20% sahaja orang di Malaysia meraikan tahun baru Islam yang ke berapa hijrah ntah ni.. 1423? 1432? 1431 Hijrah laaa.

Tapi bila 1 Januari 2010 atau 01.01.10 nanti, konpem ramai giler tunggu. samada nak gi konset, nak gi funfair, nak tengok bunga api, nak pi makan2, nak declare dengan awek, nak pasang azam baru, nak habihkan bonus 5 ratus, nak segala macam nak. tapi yang tahun baru Hijrah ni sepi je.

Tu pun naseb bek ade bubur asyura, ingat jugak korang kat tahun baru ni.

Ramai juga yang tak sedar bahawa pada last day Zulhijjah ni, buku catatan amal akan diangkat ke langit, Dan malaikat akan menggantikan dengan buku amalan yang baru.

Jadi sepatutnya, masa malam tahun baru kalendar Islam ataupun Gregorian ni, kita kene wat kira2 macam ni :-> Berapa peratus dah kita capai pada 1430 hijrah sekurang2nya untuk perkara berikut

a) amalan sehari semalam
: solat 5 waktu, semayang tahajjud 2 rakaat, ( isikan peratus di sini)

b) amalan seminggu
: puasa Isnin Khamis, hubungi orang tua, solat berjemaah di masjid, ( isikan peratus di sini)

c) amalan sebulan
: khatam 1 juzu Quran, ( isikan peratus di sini)

d)amalan setahun
: membayar zakat, hasilkan amal jariah yang berpanjangan, ( isikan peratus di sini)

e)amalan seumur hidup sekali
: solat tasbih, pergi haji, baca terjemahan quran, ( isikan peratus di sini)

Allah didahulukan, Islam diutamakan.

Monday, December 7, 2009

master Ji in the Haus

Aku dalam petikan ini adalah kawan kepada kawan kepada aku punya kawan yang punya blog ni.

1. Aku rasa macam-macam sekarang ni. Dari rasa lapar sebab makan nasik berkuah kari cair bungkus kat kedai tadi, sampai la ke cemas nak sambung belajo.

2. Aku rasa RAM DDR786 (sekarang PC baru DDR3) dalam pale aku ni tengah memuatkan macam2 faktor dan usul dan mahsul dan tahyul dan kapsul untuk aku buat satu keputusan.

3. Ceritanye ialah nak sambung master. (degree tu ijazah sarjana muda, master tu ijazah sarjana)

4. Sekarang ni kat institusi akademik kat sini dah mule nak implement higher education as career path matrix. sesape ada master akan berada dalam arus perdana manakala yang ada doctorate (phd iaitu dokter pelasapah) akan jadi towkey gred 52 (dengar2nya gitu).

5. So, apa masalahnya?

6. Takde masalah pun. Aku bercadang nak amik by research. Master by research in engineering. Wohaaaaa wallau weh! Takde nak masuk2 kelas, amik exam. dah takde dah. Ni master secara penyelidikan sendirian berhad.

7. Nak buat tajuk ape? Antara yang mungkin terlintas ialah .....
-> Pembangunan microstrip berasaskan frekuensi 8GHz bagi tujuan penghantaran data secara bebas bagi ruang bebas di bawah pengaruh hujan dan pencemaran elektromagnetik.

-> Applikasi foton bagi pengimejan resonan untuk tujuan rangkaian neural di fiber optik berasaskan bahan kuarza di atas stratosfera.

8. If sekarang tak buat master, nanti masa yang ada akan terbuang begitu sahaja. 3 tahun berlalu, nasib si luncai masih dengan labunya yang dah busuk. patutnya si luncai dah jadi tokey perusahaan pengklonan genetik labu. tak gitu?

9. Jadinya dengan kekaratan otak yang mula nak menebal, terpaksalah aku kikis semula, masukkan input2 baru. Mesti berfikir secara true researcher. bukan cakap ikut hati.

10. Satu pesan dari Sifu aku, dia kata, Kalau nak dapat sesuatu, pasti akan dikorbankan sesuatu. Cuma jangan sampai agama tu dikorbankan seperti tinggal semayang terutamanya.

Maklumlah dah bizi sekarang ni.. Amik master..

Saturday, December 5, 2009

Bonus 2009

1. Hujung tahun 2009. Bagi para pekerja swasta mesti tengah congak2 ade ke takde bonus tahun ni... Dapat sebulan gaji pun jadilah.

2. Buat pekerja gomen, toksahlah dok mimpi. Bonus hanya tinggal susu soya Bonus sahaja.

3. Aku baru je teringat pasal mi segera. Takde kene mengena dengan bonus pun.

4. Kat negara kita ada macam2 jenis mi segera. Dari Mi Maggi sepanjang zaman, pastu mi Cintan, pastu mee Mamee, pastu Indomie Mi Goreng, Mi Pama, Mi Rusky dan terbaru Mi Sedaap.





5. Sebelum mee segera kat atas ni memasuki ruang tekak korang, cuba pause kejap.

6. Macam mana mee ni boleh jadi sedap sangat? Macam mana mee ni bole tahan bertahun2?

7. Sebagai pengguna, korang tentu pernah dengar pasal mee yang disalut dengan wax sebelum dipacking. Tujuannya supaya mee tahan lama. Dan bila korang makan mee tu, 3 hari baru badan korang boleh keluarkan wax tu semula.

8. Tapi, lagi baik korang check tanda halal pada mee segera yang pelbagai jenama korang makan. Ada Halal Jakim? Ni asal ada bende yang diiklan kat TV, kita semua dah anggap makanan ni dah Halal.

9. So, marilah kita beramai2 pilih sijil halal mana yang nak dipakai..............






Apo nak buek?

1. Apa halatuju setiap manusia ni? Masing-masing mesti ada impian yang nak diusahakan.

2. Ada orang berusaha bermati-matian demi untuk beri kehidupan pada orang lain. Jarang2 sekali dia fikirkan dirinya sendiri sebagai keutamaan.

3. Ada orang pula mensasarkan sesuatu yang sangat besar agar hasilnya dapat menebus kekurangan sebelum ini. Tetapi impian yang terlalu besar itu tak mampu dicapai melainkan berusaha yang kecil2 dahulu.

4. Ada pula yang berusaha untuk diri sendiri dan terlupa orang lain yang perlu perhatian dan sedikit bantuan.

5. Semua orang disibukkan dengan pelbagai perkara setiap hari tetapi terlupa untuk merenung apa perkara yang benar-benar penting.

6. Jadinya, korang kat kategori mana? Kat nombor 2, 3 atau 4?

Friday, December 4, 2009

Citer Nurkasih

1. Secara jujur, aku tak tengok citer ni. Seriously, aku hanya tengok beberapa babak je.

2. Ntah la, masa sume orang tengok kat TV3, tengok online, aku tak tengok.

3. Masa cerita ni diulang pun aku tak tengok.

4. Apasal ek?

5. Aku akui bila semua orang kata cerita ni best, bagus. Bagus la tu kot.

6. Tapi pada aku, biarpun datang 100 citer macam ni, orang Melayu Islam Malaysia pun tetap macam hari ni juga. Apatah lagi para pelakonnya. Mengahayati watak Islam dengan sangat baik, tapi penghayatan tu disangkut kat almari lepas habis shooting.

7. Macam tipu jer. Ye ye oo je berlakon. Tapi datang Anugerah Skrin, takde pun kekalkan macam dalam drama.

8. Sebab tu lagi baik aku pi tengok CSI. Dapat gak belajar pasal sains. Mmm ye la tuuuuuuu.

Masa Dah Takde!!!!!

1. Masa sekolah rendah dulu, selalu cikgu cakap "Masa Itu Emas".

2. Kat dinding kelas pun ada tampal tulisan "Masa Itu Emas".

3. Pendek kata, perkataan ni antara perkataan paling femes kat sekolah selain perkataan seperti "Bila nak rehat?", "Aku tak suka cikgu disiplin", "Balik sekolah ni nak beli jajan" dan lain-lain lagi.

4. Tapi bila umur dah suku abad macam ni, aku jadi cemas pulak. Pada aku "Masa Bukan Lagi Emas, tapi Masa Dah Takde!".

5. Cuba korang understand perasaan aku. Hari ni hari Jumaat, dan aku baru je rasa Jumaat minggu lepas baru berlalu macam semalam je. Dan pada hari Jumaat lepas, aku pun berperasaan macam ni. Dan perasaan ni dah berkali-kali Jumaat dah aku rasa.

6. Cemas sungguh weh. Masa dah takde dah! Kalo korang sume perasan la, kita dah kat ujung tahun ni. Bulan doblas dah weh.

7. Adakah putaran bumi ni menjadi semakin laju? Yang membuat matahari naik turun dengan cepat?

8. Ataupun aku terkhayal dengan bende2 yang tak berapa penting dalam hidup?

9. Contohnye, 15 tahun dulu mana ada Facebook, Myspace, Youtube, Gmail, Astro, Henpon. Kita semua hidup tenang je. Bole buat macam2 akrtiviti kat tepi rumah, luar rumah. Kita lebih hidup normal masa tu.

10. Tapi sekarang ni dengan adanya mende2 kat atas nu, kita akan buang2 masa atau terleka at least 3-4 jam sehari. (termasuk masa untuk blogging). Betul2 penting ke nak main Facebook cari kawan? Penting ke nak surf tengok video2 yang kelako kat Youtube? Tak boring ke belek2 henpon yang kita dah berkepit hampir 18 jam sehari?

11. Masa kecik-kecik aku pegi tepi2 rumah cari spider kat pokok bunga raya. Pastu pegi buat khemah kecik kat celah2 pokok bunga depan umah. Pastu bila tiba air pasang, aku gi mandi. Umah aku kat sempadan kawasan air pasang dulu. Ada gabus besar, buat jadi sampan.

12. Petang2 lak, pegi kawasan kebun getah. Cari buah getah. Pastu gosok2 sampai panas, tekap kat kawan. Haa amik kau! hahaha. Ish banyak lagi la aktiviti.

13. Tapi sekarang ni, celik2 mata je tengok henpon. Tiap2 seploh menit, mesti nak pegang henpon. Pastu nak surf internet, walhal malam tadi baru je surf check emel. Bukannya kita kerja SOHO. Bukannya kerja dari rumah.

14. Kesimpulannya, kalau korang rasa macam apa yang aku rasa, means perasaan aku ni betul. Masa dah semakin pantas, sampai tak sedar masa tu dah berlalu. Last2, kita akan cakap, Masa Dah Takde!

Nak baca citer ni plak la..

Blog Widget by LinkWithin

USIA PERHUBUNGAN KAMI...

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers